ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

dR. Sam - Saya Anak Malaysia

Apakah maksud di sebalik nama dR. Sam? Beliau menjawab:

"dR. bermaksud dua rakaat, Sam pula Selesai All Masalah. Cubalah amalkan jika kita menghadapi masalah atau kesusahan, pergilah berwuduk, insya-Allah dengan menunaikan solat sunat dua rakaat fikiran dan jiwa kita akan tenang". Antara ayat terbaik beliau: "Apa lagi yang kita mahu cari dalam hidup ini selain keredaan Allah. Apa yang kita kejar sangat kerana semua yang kita punyai di dunia ini hanya pinjaman."


"Kita pinjam semua itu daripada Allah s..w.t dan apabila sampai masanya, Dia akan ambil dan apakah bekalan kita?"

"Sebab itu, biar apapun anggapan orang tentang penampilan saya, hidup saya hari ini lebih tenang dan bahagia. Tak perlu nak fikir show di mana atau berapa bayaran yang akan di terima.

"Dengan usaha saya hari ini, saya bersyukur dan yakin setiap apa yang terjadi sudah ditentukan Allah. Hidup mati kita dan rezeki semuanya ditentukan Allah dan syukur alhamdulillah hidup saya cukup tenang dengan pendapatan begini,"

--------------------------------oOo--------------------------------

Sempena bulan Merdeka, aku tiba-tiba berkehendak meletakkan lirik lagu Saya Anak Malaysia yang dinyanyikannya dahulu.

Saya Anak Malaysia

1953
Bulan 5 aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan
Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Puteh

Saya Anak Malaysia (4x)

Selepas sekolah aku merayau
Negeri mat salih aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia dekat di hati

Saya Anak Malaysia (4x)

Sampai masa aku pun balik
Tapi makweku nampak pelik
Dia kata nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa

Saya Anak Malaysia (4x)

Lemah lembut sopan santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampak kutu
Aku hormat orang tuaku

Saya Anak Malaysia (4x)

Sila Rujuk Arkib Utusan: 02/03/2009 untuk maklumat lebih lanjut berkenaan beliau

Info selingan di bulan kemerdekaan oleh: Ampuan Awang

5 comments :

cemomoi said...

elok cari iktibar perjalanan idop mereka ni

Ampuan Awang said...

benar, tepat sekali. kita kena cari; wajib tuk sekalian kita gali

tehr said...

aku suka dengan dR SAM ni
insan yang mempunyai pendirian sendiri
moga2 beliau sentiasa bahagia dunia akhirat

Ampuan Awang said...

Amin... aku juga berdoa begitu. aku pernah terserempak dengannya di greenwood, gombak. memang dari jenis selamba orangnya, aku bangga...

AjaK & LissA said...

Karkun....Alhamdulillah...semoga setiap artis dpt ikut jejak langkah beliau..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top