ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Dahulu, Kini Dan Kemudian. Lalu... [?]

Dahulu,
perit hidup dijajah
tak pernah luput dari ingatan
beratus tahun kita dibelenggu, dicengkam

Kini,
senang hati kita berjalan
jarang amat anak muda meraih semangat
bangkit mempamer diri menentang, lalu menolak penjajah

Kemudian,
apa bala yang sudah mendekat kini?
penjajahan seakan mahu bertapak kembali
dengan kerahan tenaga tentera yang kuat bernafsu-nafsi

Lalu,
kita semua mulai berpecah sesama sendiri
bersama melempar, bersilat kata dan bertuding jari
apabila aku amati perihal ini berkali-kali...
... kadang terluah,

"Aduh, betapa bengalnya minda bangsaku kini..."

Oleh: Ampuan Awang

2 comments :

Amir Izzat said...

wah! cantik ar..hurm..biarpun kita tidak dijajah dari luarnya..namum minda masih terjajah... bangsaku...bangkitlah.

Ampuan Awang said...

aduh, kita dah terngadah sebenarnya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top