ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mercun: Anak Kecil Kita Sebenarnya Suka Jari Terputus Kerananya!


Oleh: Mercun Ungu

Mercun, inilah permainan anak-anak kita yang berbangsa Melayu (Bumiputera). Sudah menjadi kelaziman bagi anak bangsa bermain mercun bermula dari malam pertama di bulan ramadhan dan ia akan berlarutan sehinggalah tamatnya raya di bulan syawal. Boleh dikatakan seolah ada sesuatu yang kurang sekiranya mercun tidak diperdengarkan di hari raya, anak-anak kita suka. Dum! Dum! Dum! Terloncat-loncat kegembiraanlah si kanak-kanak yang leka bermain bunga api yang dilabelkan oleh ibu bapa sebagai barang permainan yang tidak berbahaya kepada anak mereka kononnya.

Sungguh, diri tidak berminat langsung memanjangkan cerita bab mercun kerana diri tahu bahawa anak-anak di zaman ini suka benar melanggar kata orang tua, kadang berbalas tengking anak beranak. Pelik. Apa kata kita merenung dan berbalas soal kepada diri sendiri. Siapakah yang untung dan siapa pula yang rugi? Siapa yang kukuh pautan tangannya dan siapa pula yang kehilangan jari? Siapakah semakin maju kerana mercun dan siapa pula yang meratap kesedihan mengusung jenazah ke perkuburan angkara mercun buatan sendiri? Pelik. Kepekaan kita hilang kerana tidak pernah mengambil iktibar dengan kejadian yang berulang kali berlaku saban tahun.

Pernahkah kita mendengar kes kehilangan jari dan nyawa pada perayaan Tahun Baru Cina? Kalau ada, berapa jumlahnya? Apakah benar ada jari yang terpaksa dikebumikan dahulu tanpa jasad sepenuhnya dari kalangan mereka yang berbangsa Cina? Oh, pelik3x. Bukankah perbuatan bermain mercun ini sebenarnya datang dari suku bangsa lain? Tidakkah kita tahu bahawa ia mejadi inti kepada upacara ritual mereka bagi menghalau hantu dari mendekat di sisi mereka? Eh, mengapa pula kita dengan mudah mengambil acara tradisi tersebut tanpa memikirkan soal baik dan buruknya?
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).
Cuba senaraikan 10 kebaikan yang bakal kita dapat selepas bermain mercun? Senaraikan sekarang dan diri ingin benar melihat senarai 10 kebaikan itu menjadi kayu pengukur keberjayaan anak bangsa kita suatu hari nanti. Mudah-mudahan generasi yang memimpin waktu itu tiada cacat semasa ia bertugas menjadi perdana menteri! Sekiranya ada, pasti rakyat jelata tertanya-tanya sebab musabab perdana menteri kesayangan mereka tiada berjari. Andainya ada di antara mereka yang tahu, pasti mereka saling membisik dari cuping ke cuping akan ayat ini:

"Dahulu beliau kuat benar bermain mercun sampai tak sedar jari terbang melayang apabila mercun meletup digenggaman tangannya!"

"Ooo, begitu. Nakal juga perdana menteri kita ni ek..."


P/S: Orang kita tiadakan pernah untung melainkan rugi kerana asyik membeli mercun; malah kuat benar mereka-reka mercun buatan sendiri. Hasilnya? Nah! Booom! Ada budak mati tersangkut di atas pokok angkara mercun yang diseludup oleh ayahnya sendiri! Siapa yang untung? Kita tak pernah untung barang sesen pun. Rugilah yang terlebih banyak kita terima sebelum tiba hari raya.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top