ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Al-Kisah Gelang Dan Rantai Leher...

(Aku pernah melalui zaman berantai leher dan bergelang tangan tapi kedua-duanya bukan emas. Dan sekarang, Alhamdulillah aku dah lepaskan kedua-dua perhiasan itu kerana...)

"Mengapa hang pakai gelang?"

"Aku ni kan berpenyakitan. Sakit tulanglah katakan. Orang kata gelang ni mampu sembuhkan penyakit. Jadi aku cubalah pakai."

"Oh, begitu...,"

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

"Hang pula, awat dok pakai gelang?"

"Biasalah, bro. Kan lebih macho kalau bergelang."

"Tak salah ke memakai gelang?"

"Eh, soalan kunolah, bro. Apa pula salahnya, bukan emas pun!"

"Oh, begitu pula...,"

Err, bukankah pemakaian gelang ini seperti menyarung amalan dari agama lain?

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Setahu aku Baginda Nabi s.a.w hanya memakai cincin dan ini merujuk kepada sabda Baginda daripada Anas bin Malek:

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"(Hadith Riwayat Muslim)

Dan ia pernah disebut oleh Saidina Ali bin Abi Talib:

“ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)


Bagaimana pula dengan rantai leher? Kembali kepada pucuk pangkal perihal gelang. Dengan mudahnya kata tidak boleh.

Err, walaupun ia digunakan atas tujuan perubatan?

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Jelas?

Tapi ramai yang sembuh kerananya. Takkan tak boleh pakai?

Siapa yang memberi sihat dan sakit? Rantai leher atau Allah yang menyembuhkan?

Jelas?

... Tangan tiba-tiba meramas dan menggaru kepala yang tak gatal. Hendak dibuang mahal, apalah nak dibuat dengan rantai dan gelang ini?

Masing-masing diam, ada yang berlalu tanpa menoleh sahabat yang masih sibuk mempertikai dan terus membahas akan isu ini. Masing-masing mempertahankan pendapat sendiri sehinggakan sanggup mempertikaikan hadith Baginda Nabi s.a.w. Aduh, umat akhir zaman (termasuklah aku jua).

4 comments :

Kie-yu said...

gud entry..
kena hebahkan ni :D

Ampuan Awang said...

silakan mengklik butang yang ada pada entri untuk hebahan berkait... terima kasih ;)

ozzy said...

salam..
Memang ramai yang pakai accessory mcm ni..mungkin utk perhiasan atau betul spt apa yg dikata "bagi tujuan perubatan".

Ampuan Awang said...

salam kembali,

ya, memang ramai yang pakai, masalah timbul apabila Nabi sendiri menyuruh seorang lelaki membuang gelang (apa saja yang berkait) walaupun ia bertujuan tuk perubatan. jadi bermakna ia salah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top