ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Renung Kembali Akan Kedua-dua Pantun Lama Ini

Takar minyak sapi,
    Dibubuh atas geta;
Pagar makan padi,
    Telunjuk mencucuk mata.

Maksud: Orang yang kita percayai mengkhianati kita.

***** Pernahkah kalian di luar sana rasa tertipu hidup-hidup apabila orang yang kita percayai menikam kita dari belakang atau dengan jalan yang tidak murni dan tersasar dari lunas agama? Andai pernah, pantun di atas teramat sesuai sekali untuk kita renung-renungkan. Terkenang pula akan kata hikmat ini yang berbunyi:

"Musuhmu itu terdapat di kalangan sahabatmu."

Dan fikir-fikirkan pula dengan kata-kata ini juga:

"Dari tempat yang aman, datangnya marabahaya."


***************************

Anak Cina tebang keranji,
    Habis buah bertabur-taburan;
Tuan laksana panji-panji,
    Ditiup angin kibar-kibaran.

Maksud: Orang yang tidak tetap pendirian; sebentar begitu, sebentar begini

***** Kita ini orang berpendirian tetapkah? Pasti rata-ratanya lebih senang berdiam diri dari menjawab akan persoalan ini. Apakah dikatakan ia (pendirian) itu sering berubah-ubah asbab puncanya daripada diri kita sendiri atau terpengaruh dengan tindakan orang lain yang lebih pantas dari kita? Atau apakah ada sebab yang lain? Apa kata kita ambil fikir sejenak dengan kata-kata gemulah Supomo tentang 'Pendirian':

Pendirian yang tetap dan kemahuan yang terus hidup pasti membawa kita ke alam bahagia dan sempurna.

Dan renungkan pula hujah Al-Quran pada surah Al-Ahzab, ayat 62 (sila rujuk kembali):

"Sunnah (peraturan) Allah di kalangan orang-orang silam (tetap pula berulang)."


Tangan yang cuba menulis dan menyampai sesuatu: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top