ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pujilah Atas Nama Tuhan Yang Maha Kuasa


Mohamad Farez Abdul Karim

Mohamad Farez Abdul Karim ‎...I tell you the truth, it is hard for a rich man to enter the kingdom of heaven. Again I tell you, it is easier for a camel to go through the eye of a needle than for a rich man to enter the kingdom of God. (Matthew 19:23) Mohamad Yani Abdul Karim NiZa Ramli Ampuan Awang Mohd Shafiq Bin Abas Abuyon Artikel Dhamah Syifflah

6 hours ago · · · Share · Remove Tag



  • NiZa Ramli and Roslan Jomel like this.





    • Mohamad Farez Abdul Karim Lo! they who deny Our revelations and scorn them, for them the gates of heaven will nor be opened not will they enter the Garden until the camel goeth through the needle's eye. Thus do We requite the guilty. (Al-A'raf 7:40)
      6 hours ago · · 1 personLoading...



    • Dhamah Syifflah tolong terjemahkan hehe...
      6 hours ago ·



    • Mohamad Yani Abdul Karim ayat nih la depa dok pgang n mcm2 teori depa wat psl unta msuk lubang jarum tuh huhue
      6 hours ago · · 1 personLoading...



    • Mohamad Farez Abdul Karim
      Matthew 24. Sekali lagi Aku berkata kepadamu, lebih mudah seekor unta masuk
      melalui lobang jarum dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan
      Alah."

      Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa... dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (Al-A'raf 7:40)See More
      6 hours ago · · 1 personDhamah Syifflah likes this.



    • Dhamah Syifflah apa yang kau nak ketengahkan ni farez heheee... pasal unta ke...
      6 hours ago ·



    • Mohamad Farez Abdul Karim
      apa yang aku nak ketengahkan? tak ada apa2. aku mahu mencari Tuhanku, sepertimana kamu semua. :)

      "Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan se...belumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya."

      (Al-Maidah 5:46-48)
      6 hours ago · · 2 peopleLoading...



    • اناندا بيڠ then the rich man harus tunggang that camel laa....well,ill be the camel agent..nak sewa..nak sewa...singgit jee....
      6 hours ago ·



    • Dhamah Syifflah nak cari tuhan... tuhan tak ada... yang ada hanya Allah hehe
      6 hours ago ·



    • Mohamad Farez Abdul Karim hehe, kamu masih didalam kebingungan persoalan semantik...jika begitu, pada waktu dulu, apa nama bagi Allah?...
      6 hours ago · · 1 personLoading...



    • Dhamah Syifflah tak tahu hehe
      6 hours ago ·



    • Dhamah Syifflah farez apa namaNya...
      6 hours ago ·



    • Mohamad Farez Abdul Karim Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (Al-A'raf 7:180)
      5 hours ago · · 2 peopleLoading...



    • Dhamah Syifflah Nama-namaNya terlalu banyak...
      5 hours ago · · 2 peopleLoading...



    • Mohamad Farez Abdul Karim ok, kita berhenti takat tu. hehe...syy..
      5 hours ago ·



    • Dhamah Syifflah hehe... nape nak berenti lak hehehehee
      5 hours ago ·



    • Dhamah Syifflah aku baru nak belajar hehe
      5 hours ago ·



    • Mohd Shafiq Bin Abas

      Wahai, ini ilmu tingkat tinggi.. bicara tentang nama-Nya. Hati-hati.
      Dan diri ini tiada berani menyentuh hal ini, sebenarnya. Cuma bila diperhati, rasa ada keperluan untuk kusingkap sedikit daripada hal ini.

      Allahu Allah, astaghfirullahi li w...a lakum..

      Pa'eh, dalam kefaqiran ilmu ini setelah dirujuk pada karya ulama' besar masa lalu yang diri ini yakini - di atas sekalian banyaknya nama Allah yang melambangkan keMahaan-Nya yang tak terbatas, kalimah Allah-lah yang paling utama dan paling agung di atas kesemua nama-nama yang mampu kita ketahui.

      Kitab Rahasia Asma Allah - Belajar Menapak Makrifat Pada Ahlinya
      http://bit.ly/cvYBsU

      "Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah, kata agung [lafzh al-jalalah] adalah nama diri [ism al-dzat] Tuhan, nama esensi dan totalitas-Nya. Kata itu tersusun dari empat huruf. Jika huruf pertama, alif dihilangkan tiga huruf lainnya menjadi simbol alam semesta, wujud, yang mencakup alam nyata [dunya] dan langit gaib di atas cakrawala bintang gemintang; alam kubur [barzakh] dan surga; akhirat [akhirah]. Huruf pertama, alif merupakan sumber segala sesuatu, dan huruf terakhir, hu [Dia] adalah sifat Allah yang paling sempurna, Yang Mahasuci dari semua sekutu." (m/s 22)

      Ini cuma previu kitab Ibnu 'Athaillah as-Sakandari, berjudul Rahasia Nama Allah yang diterjemah daripada judul asal Al-Qashd Al-Mujarrad fi Ma'rifat Al-Ism Al-Mufrad (Tujuan Murni: Pengetahuan Tentang Nama Tunggal). Dihuraikan keagungan nama Allah menurut sudut pandang bahasa, hikmah, dan makrifat.

      Sebaiknya jika ingin dalami, kita kuatkan asas aqidah, fiqh, tasawwuf - usaha & du'a dipertemukan guru pembimbing. Dalamilah syariat Nabi Muhammad, kerana kita umat-Nya dan tinggikanlah baginda atas kehormatan baginda yang tiada tertanding para rasul sekaliannya.

      Wallahu a'lam.
      4 hours ago · · 2 peopleDhamah Syifflah and Mohamad Farez Abdul Karim like this.



    • Mohamad Farez Abdul Karim semoga rahmat dikurnia kepada mereka yang ikhlas hendak mencari, dan ikhlas hendak memberi...
      4 hours ago · · 4 peopleLoading...



    • Mohd Shafiq Bin Abas
      sahabatku, meninggikan syariatnya Nabi Muhammad, bermakna juga seperti baginda kita mengasihi sekalian nabi-nabi yang diutus sebelumnya.. penuh hormat dan adab, tiada tercela mereka kerana sudah diyakini kemurnian dan ketinggian darjat. sek...alian rasul mencintai dan merindui kecintaan kita, s.a.w.; malah lebih besar dan lebih hebat pula perasaan dan penghormatan mereka daripada kita sesuai ketinggian taraf ketaqwaan mereka dan kedekatan mereka pada-Nya..

      tiada kerendahan pada sekalian nabi-nabi, yang ada hanya kemuliaan; dan baginda-lah yang paling mulia di atas sekalian yang dimuliakan-Nya.
      keutamaan Rasulullah, rahmatan lil 'aalamiin - rahmat sekalian alam. pengutusannya yang meliputi semua manusia tanpa batas geografi dan masa lagi, pelengkap risalah kenabian (Khatam Al-Anbiya'), penghulu semua rasul (Sayyidal Mursalin).

      Kecintaan-Nya pada baginda s.a.w. ternyata paling terjelma bila tersandingkan dua hal dalam syahadah - persaksian akan Allah sebagai Ilah dan Rabb, serta Muhammad s.a.w. itu Rasul-Nya. Rasul Pilihan-Nya..

      moga Allah kurniakan kita keikhlasan, kerana ikhlas itu adalah pemberian-Nya.. dan membimbing perjalanan yang tidak luput daripada keikhlasan, tiba pada Kebenaran.. amiin.
      4 hours ago · · 2 peopleLoading...



    • Ampuan Awang
      aku nak elak diri dari hal ini tapi cuba perhatikan ayat di bawah yang aku petik dari al-kitab terjemahan lama yang ada dalam simpanan aku, hasil pemberian seorang sahabat SDA ats diskusi kami beberapa tahun dahulu:

      1 Haleluyah! Pujilah akan... Allah dalam makdis-Nya; pujilah akan Dia dalam bentangan kemuliaan-Nya!

      2 Pujilah akan Dia karena sebab segala mahakuasa-Nya; pujilah akan Dia setuju dengan kebesaran ketinggian-Nya!

      3 Pujilah akan Dia dengan bunyi nafiri; pujilah akan Dia dengan dandi dan kecapi.

      4 Pujilah akan Dia dengan rebana dan bangsi, pujilah akan dia dengan rebab dan muri!

      5 Pujilah akan Dia dengan ceracak yang merdu bunyinya; pujilah akan Dia dengan ceracak yang berbunyi ramai-ramai.

      6 Segala yang hidup dan bernafaspun hendaklah memuji-muji Tuhan, haleluyah!
      3 hours ago · · 4 peopleLoading... ·



    • Mohamad Farez Abdul Karim
      asalnya, tidaklah niatku hendak menyamakan 'pelbagai jalan' sebagai satu jalan. Aku sekadar hendak mengupas perihal 'jalan' yang telah dilupakan, sengaja dilupakan, tidak ingin diteruskan, lantaran para pemuka agama/ahli kitab menukar kata2... Allah dan menjualnya dengan harga murah. itulah sebabnya jalan yang 'satu' berpencar menjadi 'beribu'.

      tk semua. :)
      3 hours ago · · 3 peopleLoading...



    • Dhamah Syifflah aku tertinggal pulak... nasib baik masih boleh baca....
      about an hour ago ·



    • NiZa Ramli
      ‎"... Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa, kamu akan mengadap Allah ...pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, aWasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

      Wahai manusia, tidak ada Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu DUA perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku (Asy-Syura:13).

      Hendaklah mereka yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir mendengarnya lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar daripadaku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

      (petikan wasiat terakhir Yang Terpuji Rasulullah s.a.w)
      53 minutes ago · · 1 personLoading...



    • Ampuan Awang Pa'eh, adapun ayat yang aku petik di atas adalah satu2nya ayat yang penting bagi mematahkan hujah mereka (faham2 sajalah) kerana ia adalah bukti kukuh bahawa Tuhan itu satu, tidak dua atau tiga atau beribu2 bak lemon yang dijual di pasar. dan kalau tak silap aku ayat di atas adalah hujah Nabi Musa mengikut sebuah buku yang pernah aku baca dahulu (itupun kalau tak diubahlah).
      26 minutes ago · · 1 personLoading... ·



    • Dhamah Syifflah
      Allah telah menyatakan,bahwa tidak ada Tuhan selain dari padaNya; telah bersaksi para malaikat dan para orang yang berpengetahuan dengan tegak dan adil, bahwa tidak ada Tuhan selain daripadaNya, yang Maha Mulia lagi Bijaksana. (Ali Imran: ...18)

      Katakanlah (Muhammad): "Hai Ahli Kitab, marilah kita kembali kepada kalimat yang bersamaan antara kami dengan anda, yaitu bahawa tidak ada yang kita sembah selain Allah, dan tiada kita mempersekutukanNya dengan sesuatu jua. Tiada kita jadikan setengah kita menjadi Tuhan, yang bukan Allah." Maka jika mereka tetap berpaling, katakanlah kepadanya; "Jadilah kamu saksi bahwa kami adalah orang-orang yang Islam." (Ali Imran: 64)

      Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". Al An'am :46

      Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Al Qashash :71

      Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?" Al Qashash :72

      Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?
      5 minutes ago ·



    • Intan Suzana Ahmad ‎...betapa interpretasi berbeza membawa ke susur yang berbeza. dari dulu semasa dan hingga tiupan sangkakala.
      4 minutes ago · · 1 personLoading...


p/s: aku tertarik dengan diskusi ini dan aku sengaja kembalikan semula ke sini untuk renungan serta ingatan buat diri sendiri.

Tangan yang turut memberikan komentar: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top