ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pengkhianatan Yang Menguburkan Jiwa Beribu Orang!


(Taktik perang ini sememangnya sudah sebati dengan negara berkepala besar Amerika. Pusing... Pusinglah keliling padang wahai Obama!)


Apa yang aku lihat tidak lebih dari sebuah pengkhianatan
pembantaian yang dilakukan berselindung di sebalik hukum kemanusiaan
Tolong menolong dalam pembaikan dan pemusnahan
mereka kumpulkan segala rumpun etnik yang ada
lalu dipasakkan kayu pada bumi tandus itu;
satu tugu besar petanda bala bakal menimpa
bakal menghempap tubuh si tuan tanah
yang sudah kehilangan arah; negaranya musnah

***************

Kini apa yang aku lihat tidak lebih dari sebuah pengkhianatan
sebuah liang gadang telahpun siap digali
jentolak raksaksa memijak tubuh saudara seagama kita
lihat si anak kecil yang berada dalam dakapan ibunya
sebenarnya sudah lama pergi
ibunya sekadar mengendong bagi menghilangkan resah di hati
hajat si ayah berkehendakkan anaknya membesar sebagai pejuang
namun ajalnya sampai sebelum dirinya gugur di medan perang
mereka sekeluarga dikuburkan dalam satu liang gadang
... bukan sekeluarga sahaja menerima nasib malang
di dalam lubang itu nyata sudah penuh dengan jiwa beribu orang!
Ampuan Awang


(... ke mana hlang suara Pertubuhan Badut-Badut Dunia? Nantikanlah bala Tuhan akan sampai menyapa kalian dengan sapaan musibah yang maha dahsyat!)

2 comments :

cemomoi said...

badut sedunia termasuk juga di kalangan kita yang memimpin manusia ke liang gadang

yang masuk kita, mereka menunggu di tepi liang dengan poket mengelembung dan perut membusung serakah

Ampuan Awang said...

@cemomoiorang kita memiliki satu hobi yang hebat iaitu kegilaan meminati hobi menjadi badut. aduh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top