eh notebook?

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Parang De Rambo vs Pisau Rambo [?]

(Sejujurnya aku maklumkan andai kiranya John Rambo (Sylvester Stallone) terpandang akan parang ini, pasti dia terduduk kerana dia tidak pernah menggunakan parang melainkan pisau berhulu lurus yang mudah terlepas dari genggaman tangan. Huh, padan muka Rambo)

Replika Parang De Rambo (Versi Nusantara) sebenarnya tiada punya kelebihan apa-apa pun melainkan untuk digunakan dalam pekerjaan sehari-hari; memudahkan diri bagi melakukan kerja yang sukar. Ini bermakna ia bersifat fleksibel, mesra alam dan yang sewaktu dengannya (memotong bawang adalah kerja yang terpaling minima mampu ditanganinya). Waimapun ia replika, namun ketajamannya tetap sama seperti parang biasa (cubalah sendiri kalau berani).


Ini pula foto bahagian hulu parang. Ia berlarik sisik bak kulit ular. Semua hasil dari kreativiti ayahanda sendiri dan aku pasti si Sylvester Stallone aka John Rambo menangis sekiranya parang ini dihadiahkan untuk pengambaran filem 'Rambo' dahulu (takkan berpeluang dia dapat parang inipun!)


Akhir kata, dengan mudahnya aku katakan bahawa pisau Rambo tak hebat manapun; Parang De Rambo lebih baik (utamakan barangan dalam negeri dari buatan luar negara). Adapun kedua bilah Parang De Rambo di atas baru sahaja ayahanda siapkan petang tadi. Harap maklum (huh, seakan promosi pula bunyinya)









 Info parang de rambo dari bengkel ayahanda oleh anakandanya: Ampuan Awang

2 comments :

kamen_rider_black said...

berapa harga kalau order???
kat area mana kedai ek??
from
kamen_riderawis@hotmail.com

Apis Apis said...

rege bleh kawtim x?ade les ke taun bru punya rege

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top