ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Parang: Ala Keris Dan Pedang?







Parang kali ini pula aku paparkan hanya dua (2) bilah ala keris dan juga pedang. Nampaknya penggunaan 'Kayu Malam' memang tidak boleh dipisahkan kerana rata-rata parang yang dihasil menggunakan kayu ini. Adapun panjang parang ala samurai kurang sedikit berbanding parang ala keris yang panjangnya bermula dari paras peha ke hujung kaki (mengikut sukatan badan aku sendirilah). Parang ala keris di atas bermata dua seperti 'Ginunting', namun apa yang membezakannya hanya lengkok pada bahagian hujung menyerupai parang yang kita biasa lihat di mana-mana. Tapi apa yang menghairankan adalah panggilan kepada nama 'Pedang Samurai'. 'Samurai' itu merujuk kepada orang sebagaimana yang diterangkan dalam kamus dewan :

Samurai (Jepun) 1. sj kasta bangsawan (ketenteraan) pd zaman feudal Jepun; 2. anggota kasta ini.

Nampaknya penggunaan ayat di atas hendaklah diperbetulkan kerana 'Samurai' itu bukanlah pedang; di Jepun dipanggil dengan nama 'Katana'. Antara ayat yang selalu masuk dalam telinga aku:

"Wah, cantiknya pedang Samurai tu. Kau beli di mana???"

Aku sekadar senyum sambil meraba parang lain yang berada di dalam almari milik ayahandaku.


p/s: Kedua-dua senjata di atas mempunyai tuan. Ayahanda hanya menerima upah untuk membuat sarung beserta hulunya atas permintaan pemilik parang berkenaan.

Dicatat oleh peminat besi: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top