ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Usir Dambaan (Pada Kilauan Matawang)


(Sekadar peringatan buat diri sendiri. Semoga Allah mengayakan diri dan semoga diri tak lupa diri?)


Wahai Tuhan,
Semoga kami tiada kemaruk yang melampau
pada sinar yang mencerlang pada matawang
dari sekalian matawang yang ada di muka bumi

Wahai Tuhan,
matawang pada diriku bukan milik ku
ia milik-Mu dan akan kembali semua kepada-Mu
semoga ia tiada menghadirkan titk hitam pada hatiku

Wahai Tuhan,
jauhkan diriku dari menjadi pendamba kilauan matawang
seperti Qorun dan para pengikut selepas kematiannya
yang suka bercinta dan mencintai dunia; lupa pada-Mu semasa hidupnya

Wahai Tuhan,
Kupohonkan agar Kau usir rasa cintaku ini
pada matawang yang berlipat di kanan dan kiri
yang berkira-kira hendak mendekati; meraba kalaku sunyi

Wahai Tuhan,
lautan dan daratan-Mu yang luas itu luas untuk dijelajahi isinya
maka rezeki-Mu takkan pernah putus hilang buat kami
dan janganlah pula kami dihinakan atas kurniaan-Mu yang Maha itu

Wahai Tuhan,
gendang yang dipalu mereka semakin kuat
menyapa telingaku dengan bunyi yang menyakitkan
semoga Kau kekalkan aku agar terus berada pada laluan-Mu

Wahai Tuhan,
Wahai Tuhan,
Wahai Tuhan,
dengarlah perkataanku dari bingkisan doa yang aku titipkan buat-Mu


Tangan yang menulis: Ampuan  Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top