ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Jiwa Lara - Hubaya-hubaya


Hubaya-hubaya
Luka lama berdarah semula
Tak pernah berhenti memutuskan
Hayat insan di atas tanah ini
Begitu kuatnya ujian Tuhan
Kala memberikan peringatan

    Langit digegar
    Bumi digoncang
    Suasana hingar-bingar
    Manusia lari bertempiaran lintang-pukang

Hubaya-hubaya
Sekerap mana cubaan
yang sering datang bertandang
Di mana silapnya duhai teman
Ubatnya apa wahai kawan

    Bangunan tinggi tunduk menyembah bumi
    Bukit runtuh merata jalan

Jalan raya terputus ditelan bumi
Hamba Tuhan hidup terbeban

Hubaya-hubaya
Jangan sekali-kali kita lupakan
Marilah bersama memohon
ampunan Tuhan

Hubaya-hubaya
Hubaya-hubaya

Janganlah didatangkan lagi
bala ini wahai Tuhan
kami tiada tega melaluinya
untuk kesekian kali

    jauhkanlah kami dari bala bencana
    ingatkanlah diri kami andai kami lupa

agar kami tidak lari
dari petunjuk suci-Mu
yana akan membawa
kami menemui-Mu
di sana; di tempat
yang mulia
dan sejahtera…


P/s: ditulis pada tahun 2009 untuk antologi Suara-suara Adam (Peristiwa bencana alam gempa di Sumatera Barat tahun berkenaan)

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top