ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Oh Aku Bukan Pengemis Karya...



Malangnya aku bukan pengemis karya
yang kaya dari hasil kerjanya
kerana kelibatku ini
tak pernahpun
kalian temukan
di mana-mana
... mungkin
hanya di sini sahaja
kalian menatapnya
cuba mengenali peribadi
cuba mengukur nilai
tuan yang mencoretkannya
pada aksara; pada editan
yang ada di komputer riba
... milik ku ini

Malangnya aku bukan pengemis karya
yang berhajat hendak naik tanpa turun
yang berhajat meloncat langsung jatuh
walhal diri maklum
bahawa tiada manusia
akan berada kekal pada posisinya
turun naik itu biasa
tapi bukan pada mereka
naik melompat beroleh nama
turun terjatuh di timpa tangga
demi gengsi, ada yang rela mengikutnya
tiada berkehendak duduk bergaul
dengan hamba yang sering berpetualang
kalian bertepuk soraklah dengan riang
kerana siang petang ini cemerlang
hujan tak turun pun menyimbah bumi
maka kalian kekal di sini

Biarlah,
... aku lihat angin bertiup kencang di sana
biarkan aku berteduh di sini
memberhentikan perjalananku
tanpa perlu aku ulas semula
kerana isinya tetap sama
mindaku masih belum mampu membuntingkan
buah fikir yang lunak
yang lahir hanya
... buah fikiran yang dangkal
yang cetek dari pandangan zahir kalian
lalu aku tetap harungi kehidupan
debu yang melekat aku biarkan
Ingin sekali aku mati dalam agama;
bukan mati kerana nama!
... Aku bukan pengemis karya

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top