ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Nasib Si Pembancuh Kopi

foto bukan diperaga untuk promosi syarikat ini

7 petang
sudah sampai masa untuk bekerja
semua masalah di rumah aku lupakan
sebagai pembancuh kopi kedai Mamak aku mulakan.

teh tarik, kurang manis satu!
aku seolah terbiasa
ayat yang cukup sinonim denganku
bagaikan slogan aku rasakan.
sebagai pembancuh kopi kedai Mamak campuran Pakistan

pelbagai ragam aku temui
pelbagai karenah selalu aku hadapi
aku gagahi
walaupun kekadang aku malu
malu kerana kerjaku sebagai pembancuh kopi.

pelanggan silih berganti
yang gemuk, kurus, tinggi, rendah
yang cerah, gelap, kuning langsat
kesemuanya pernah wujud
menyinggah di kedai Mamak campuran Pakistan.

1 jam, 2 jam, 3 jam
begitu banyak masa terbuang
tiada terasa langsung di hati
rugi!
minum, makan, minum, makan
tiada kesudahan
bila agaknya masa untuk berhenti
dari semua itu

umpat, adu, luah, semuanya lengkap
tersusun seirama ibarat bait syair
mendayu-dayu

malam kian larut
ada mata yang sudah mengantuk
bersedia untuk ditutup
dipaksa, ditahan-tahan
diteguk, dinikmati secangkir teh tarik
dicucuhkan api
membakar sebatang rokok buat penahan

mataku pula yang mengantuk
kalaulah aku di rumah
pasti berguling-guling cara tidurku
bersama dengkuran berlagu syahdu

tapi apakan daya inilah kerjaku
pembancuh kopi kedai Mamak tiga suku...

p/s: Ditulis pada November 2008 (edisi tak siap dan dikembalikan ke laman ini pun ia tak siap jua).

Tangan yang menulis: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top