ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Malam Nisfu Sya'ban Malam Bahagia Buat Insan Bernyawa



"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang bermusuhan". (HR Ibn Hibban) info dari laman Tazkirah

******xXx******

Semoga Allah merapatkan kembali ruang saf kita yang renggang (serenggang pertalian hidup kita sesama insan yang lain di muka bumi). Impian mahupun hasrat yang kita hajatkan sedari dulu lagi lupakanlah buat seketika (30 saat pun tak mengapa kerana sekilas fikir untuk agama itu besar imbalannya daripada Allah S.W.T). Pesan ini pertama sekali aku tujukan buat diriku sendiri (kerana perjalanan membentuk peribadi diri untuk menjadi manusia yang tiada rugi amatlah sukar dan ia perlu dijalani sendiri). Dan semoga aku tidak menjadi manusia yang dinyatakan pada rangkap pantun lama seperti di bawah ini:

Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Maksudnya: Janganlah kita mengharapkan sesuatu yang belum pasti akan kesudahannya


Dan semoga aku tiada menjadi sejahat manusia seperti sabda Baginda Nabi S.A.W:

"Sejahat-jahat umatku ialah orang yang suka berseorangan diri, menghairani keagamaannya (merasa lebih takwa) dan orang yang suka menunjuk-nunjukkan amalannya." [sila rujuk kembali sanad hadith ini].

Amin Ya Rabbal Alamin...


Tangan yang cuba menulis dan menyampai isi: Ampuan Awang

1 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

salam sobat...
terima kasih kerana membuat diri ini berfikir...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top