ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kotak Berimej (Pembayang Songsang)


Kotak berimej
janin manusia
cukup sifat
Lalu dijajakan

Kotak berimej
kaki manusia
tak cukup sifat
dijajakan juga

Kotak berimej
Leher manusia
berlubang di tengahnya
turut dijual sama

Kotak berimej
Hati manusia
kekuningan isinya
diperaga sesukanya

Untuk apa itu semua
Benarkah itu nasihat
atau cuma sebuah sindiran
atau ia cuma satu pembayang
bagi kenaikan harga sebuah barangan
yang ada di pasaran;
yang halal dengan yang haram...

p/s: ditulis pada 26 Jun 2009 ketika lalu di sebatang jalan (menatap penjaja rokok di kaki lima; lalu membeli hasil dagangan mereka).

Tangan yang menulis: Ampuan Awang

1 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Pedas dan pedas...
Tapi masih ramai yang menahannya... ^_^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top