ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Bacalah Isi Surat Yang Membantah Konsert Si Ratu Ngebor Di Keningau!




(Ramai yang suka menatap pinggul menggerudi lantai; melebihi gerudi yang dimiliki isteri mereka sendiri)

Rasanya pernah aku titipkan dalam status facebook berkenaan isu konsert Inul yang kononnya pada masa itu aku ingatkan berjaya dianjurkan di Keningau, Sabah. Tapi rupanya konsert berkenaan tidak berjaya jua dilaksanakan penganjurannya kerana tidak melepasi piawaian kain pada badannya (dalam diam aku menembak orang yang meminatinya). Dan dalam masa yang sama aku mendapat maklumat berkenaan konsert itu turut (mahu) dianjurkan di Tawau tapi kesudahannya tetap dibatalkan (pasti hampa peminat Inul dikedua2 tempat ini; aku tembak lagi).

Sehubungan dengan cerita Inul, mari kita baca isi surat bantahan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa masjid-masjid daerah Keningau tentang isu konsert beserta sebab musabab yang menjadi penyebab terbatalnya hasrat Inul untuk menggerudi lantai di Kompleks Sukan Keningau pada 31 Mei 2010 (bulan yang sudah):-


Kepada;

Yang Amat Berhormat,
DATUK SERI MUSA BI HJ AMAN
KETUA MENTERI SABAH
Pejabat Ketua Menteri,
Tingkat 17, Wisma Innoprise,
Jalan Sulaman, Teluk Likas,
88817 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

BANTAHAN KONSERT INUL DARATISTA DI KOMPLEKS SUKAN, KENINGAU

Ahli Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap penganjuran konsert Inul Daratista di Kompleks Sukan Keningau Sabah pada 31 Mei 2010 akan datang.

2. Inul Darastista atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah 31 tahun, telah dilabelkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) sebagai penari lucah pada Ogos 2002 kerana tarian gelek gerudinya. Adakah dengan tindakan pengharaman tersebut, kita masih mengiktiraf budaya kelucahan bebas dan dibenarkan masuk ke dalam masyarakat negeri ini dan Keningau khasnya.

3. Ahli Jawatankuasa masjid-masjid di daerah Keningau mempersoalkan apakah negara Malaysia telah ketandusan artis tempatan yang lebih bermoral untuk menghiburkan rakyat Malaysia, atau penganjur mahu menghiburkan rakyat Indonesia yang bermastautin di Malaysia? Apakah nilai yang kita mahukan dari artis ini selain dari persembahan yang berahi dan menghairahkan.

4. Berdasarkan kepada rekod persembahan Inul Daratista di dalam beberapa konsert di Semenanjung Malaysia sebelum ini, ternyata imej lucah dan menghairahkan tidak dapat dipisahkan dari diri beliau. Pihak Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau mendesak agar tidak memberikan peluang kepada persembahan artis ini kerana ia sememangnya tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Ahli Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau juga bersetuju bahawa konsert artis seperti ini menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang lebih besar terhadap anak-anak muda di negeri Sabah.

5. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau bagi mewakili seluruh masyarakat Islam Keningau membantah dan mendesak supaya persembahan Inul pada 31 Mei 2010 di Keningau ini dibatalkan. Ahli Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau juga menuntut kerajaan supaya menghormati dan menggunapakai garis panduan penganjuran konsert yang telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjaga maruah dan sensitiviti umat Islam seluruhnya(dilampirkan).

5. Garis panduan yang disediakan itu diharapkan dapat dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) dan pihak penganjur (event management) merangka serta menyusun program dan artis yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.

6. Perlu ditegaskan di sini, pihak Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau tidak menghalang hiburan, bahkan merasakan hiburan ini adalah satu ‘alternatif’ manusia masa kini. Namun yang dipertikaikan di sini ialah bentuk hiburan yang melampau dan merosakkan minda dan jiwa rakyat, hiburan yang melalaikan dan membawa anasir-anasir negatif seperti dadah, arak, pergaulan bebas, khayalan cinta dan lupa diri kepada pemuda-pemudi di negeri ini. Realiti hari ini, hiburan telah lari dari tujuan untuk merehatkan minda dan santai kepada tujuan perniagaan dan keuntungan.

Akhir sekali, Pihak Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau sekali lagi mendesak supaya konsert Inul Daratista dibatalkan. Pihak Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau mencadangkan supaya pihak penganjur mencari artis lain yang lebih bersopan, tertib, berakhlak dan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Ramai lagi artis Malaysia yang popular tetapi mempunyai imej yang boleh diterima oleh masyarakat di Malaysia.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan amanah



HJ MOHD SHOM BIN AWG DAMIT
Pengerusi
Pihak Jawatankuasa Masjid-masjid Daerah Keningau
Tarikh: 25 MEI 2010

s.k : Pegawai Daerah Keningau
JHEINS Keningau
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
United Sabah Islamis Assosiation (USIA)


***** Lupakanlah gelek pinggul si Inul (kembalilah merindui gelek pinggul isteri sendiri). Err, persoalannya. Bagaimana pula Inul bisa tembus membuat konsert di Kuala Lumpur, dua tahun lepas (kalau tak salah, sila betulkan kenyataan ini)? Siapa yang luluskan? Dan mengapa tiada sebarang bantahan dilakukan! Goyaaaang yuk ;p

Pendamba si ratu ngebor: Caklempong

4 comments :

miss lolly a.k.a luvfareda said...

gelekan isteri lagi terbaekkk!


lalalalal.

Ampuan Awang said...

lolly,



benar sekali! ;)

ashrafi said...

asal dari penjual kacang kepada pempamer punggung....

Ampuan Awang said...

punggung terbaik tapi itukan di dunia saja...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top