ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

KOMENTAR: Lenyaplah Budi Dalam Bahasa [facebook]

Kelak,
Budi dalam bahasa
bakal lenyap sekelip mata
Takkan lagi ia dapat dipanggil kembali
Walau ada pujuk rayu
Walau dicumbu
Ia tetap akan
lenyap
Tanpa ada pengganti
yang bisa menegakkan tiang seri

Betapa dalamnya
Ikatan bahasa dengan seni
Bahasa budi
Terlupus hapus pupus
dari dalam minda
Orang yang mengelarkan diri
sebagai bangsa Melayu
di muka bumi!



** Terdetik tiba-tiba menulis perihal budi dalam bahasa selepas berkunjung singgah ke dalam laman para peminat Pak A. Samad Ismail. Lalu tangan menaip dan menampal terus di ruang dinding laman beliau. Istimewa kutujukan buat Melayu kerana hak Melayu kembali ke Melayu...

Oleh: Ampuan Awang
Isnin 29/03/2010
Papar, Sabah
Written about 4 months ago · ·

    • Salbiah Sarqina
      tun..ku teringat kawan baikku sama sama tunjuk perasaan di kl.. di lempar gas. dan badannya perit perit ..buat sal risau
      bagaimana pun .. bahasa kita tetap bersatu insyaallah amin.. ku sayngi bahasa melayuku yang unik ini.. kamu tahu tak tun..... ada professor di german seorang guru sastera berbangsa german fasih bahasa melayu.dia ada dalam contact ku tun...
      March 29 at 1:24am · ·

    • Ampuan Awang ‎... aku jadi diam; muka merah malu
      March 29 at 1:27am · ·

    • Salbiah Sarqina kalau bangsa lain bangga bahasa kita ..kenapa kita tidak tun.. apa bahasa melayu ni low standard ke tak berdarjat ke?
      tolonglah sebenarnya bahasa melayu ni adalah bahsa yang sopan lagi bersantun.. indah sekali
      March 29 at 1:31am · ·

    • Ampuan Awang ‎... kerana sopanlah hak Melayu itu harus dikekalkan; bukan diruntuhkan
      March 29 at 1:35am · ·

    • Hawkwan Sap saya harap supaya disebarkan sebagai peringatan kepada bangsa Melayu yang lain yang sekarang ini tidak berpijak di bumi yang nyata.
      March 29 at 2:33am · ·

    • Mohd Tarmizi Bin Hasrah saya adalah salah seorang pelajar linguistik, yang mana tugasnya adalah mengkaji bahasa. Alhamdulillah, kini saya semakin menyedari betapa mengakarnya bahasa Melayu dengan akalbudi orang Melayu, dan "akar" ini tidak boleh dipotong. Jika demikian maka akan terjadilah seperti dalam puisi di atas.
      March 29 at 8:54am · ·

    • Ampuan Awang Hakwan Sap: sebarkanlah, biar mata-mata terbuka luas.

      M. Tarmizi H: dik, khuatir pula mengenagkan tahap linguistik itu luas berbanding ceteknya akal abg yang seringkali ditolak kerana dianggap dangkal
      March 29 at 9:08am · ·

    • Mohd Tarmizi Bin Hasrah saya anggap kenyataan abg tu sebagai merendah diri...:)
      March 29 at 9:17am · ·

    • Mona Mas Ayu Wahanah melayu..takkan melayu hilang di dunia kata Hang Tuah..siapa lg yg akn m'prjuangkn identiti n hak Melayu kalau bukn kita sndri..jgn smpai hilg tanh tumph drh kita ini..
      March 29 at 11:00am · ·

    • Asmiaty Amat mona, hang tuah tak ada cakap pun 'takkan melayu hilang di dunia..hehe..siapa hang tuah pun sampai sekarang masih jadi persoalan hehehe
      March 29 at 11:38am · ·

    • Ampuan Awang kak, aku pun boleh mengaku sebagai hang tuah jua ;)
      March 29 at 11:41am · ·

    • Mona Mas Ayu Wahanah itulah kata2 yg diwar warkn oleh org lma..hnya brsetuju dgn kata org lama..xde yg lma xde yg baru....kesahihannya xde yg tau..wallahualam..:)
      March 29 at 11:49am · ·

    • Salbiah Sarqina bagaimanapun tun.. berbalik pada diri kita sendiri..perkara beginipun perlukan muhasabah diri juga tun...
      March 29 at 1:20pm · ·

    • Ampuan Awang Insya Allah...
      March 29 at 1:26pm · ·

    • Salbiah Sarqina tun.. engkau tahu tak..aku kat ofi cakap bahasa melayu tahu..sebab banyak kawan kawanku dari malaysia kat ofis..dan lagi kan tun.. boss jepun aku.. toda-san terror bahasa melayu indonesia.. dia beritahu aku macam mana dia asah lidahnya.. kalau ke indonesia..sambal minang, kalau dimalaysia sambal budu..kalau kat sini sambal belacan hehehe
      March 29 at 1:40pm · ·

    • Amran Ibrahim Rashidi Suburlah bahasaku............
      March 30 at 1:22pm · ·

    • Ampuan Awang sdr Amran IR: semoganya begitu.........
      March 30 at 2:04pm · ·

    • Mawar Marzuki tapi apakah seorang melayu seperti saya yang seringkali berpuisi dalam bahasa inggeris itu tidak sayangkan bahasa ibunda?
      March 30 at 4:40pm · ·

    • Ampuan Awang Mawar: apa cerita yang dicoret dalam puisi bahasa inggeris itu? Mesti ada sebabnya kan...
      March 30 at 7:09pm · ·

    • Yusuf Nur Ucupkun sayangku, cintaku dan kasihku pada bahasa dan bangsa ini tidak pernah membuatkan aku membenci bahasa dan bangsa lain. ehe..Prioriti=Bahasa Melayu yang indah, mudah, sopan dan kaya budi bahasa..Kurang ajarnyapun beradab..ehe
      March 31 at 3:29am · ·

    • Mawar Marzuki cerita kehidupan....benar ucup saya percaya tu
      April 2 at 2:00am · ·

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top