ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

KOMENTAR: Erti Kemenangan [facebook]

Erti kemenangan dalam kehidupan
-- tak perlu berbunuhan.
Erti kebahagiaan dalam kehidupan
-- tak perlu membinasakan.

Tiadalah ertinya kemenangan
andai ramai jiwa-jiwa jatuh terkorban.
Berkubur tanpa nesan.
Tiadalah ertinya kebahagiaan
andai ramai kalbu terguris kelukaan.
Berparut tanpa darah;
tapi mengalir pekat di dalam hati.

Manusia ada jiwa.
Manusia bukan tugu.
Manusia adalah manusia.
Tuhan menciptakan manusia;
dengan sebab dan musabab-Nya.
Tuhan mewujudkan syurga, neraka;
menjadi tempat berkumpulnya manusia
yang baik hati nurani dan manusia yang buruk perilakunya.

Bukankah hukum Tuhan itu terlalu adil?
Atau kamu belum bisa memikirkan
sesuatu yang lebih dalam dari ini?
Atau kamu langsung tak peduli
akan takdir yang Tuhan tentukan buat kamu...
Sejak azali lagi!



** Perkara yang sering berlaku di dalam masyarakat kita dan ia sudah menjadi kebiasaan adalah penindasan terhadap kaum kerabatnya sendiri. Mereka tanpa segan silu menganiaya, mencerca saudara di belakang. Becok mulut takkan habis modalnya selagi orang yang dibenci tidak jatuh taraf dan martabatnya. Sampai bilalah agaknya mereka akan terus mengamalkan tabiat ini? Mungkin peluangnya tipis sekali melainkan penganiaya, pencerca, pembelot dan sebagainya itu mati! Ya, itu sudah pasti!


Tangan yang menulis: Ampuan Awang
Written about 4 months ago · ·
    • Mohamad Farez Abdul Karim hadapilah dengan senyuman awang, itulah rahsia kejayan. :)
      March 31 at 6:09pm · ·
    • Mawar Marzuki tika ini saya sedang sangat bersedih dengan ketidakadilan yang berlaku ke atas saya kerana politik pejabat...terima kasih sahabat....puisi anda membuat saya tenang...sepertinya ada orang yang faham
      March 31 at 6:11pm · ·
    • Mohamad Farez Abdul Karim normal akak...biasa aja...kita memang manusia, diberi mulut untuk mengumpat sesama, bergunjing, fitnah, mencaci maki, keji tohmah.
      March 31 at 6:13pm · ·
    • Mawar Marzuki ‎~sigh~
      March 31 at 6:14pm · ·
    • Mohamad Farez Abdul Karim lalalala ~~~
      March 31 at 6:16pm · ·
    • Mawar Marzuki hish hish hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
      March 31 at 6:20pm · ·
    • Mawar Marzuki eh sorry ampuan emo di medan puisi awak haha
      March 31 at 6:20pm · ·
    • Ampuan Awang ‎;)
      March 31 at 6:30pm · ·
    • Darma Mohammad Sdr AA : Seperti juga 'perjuangan', 'kemenangan' banyak jenisnya. Dan sekian lama manusia mencari 'kebahagiaan'. Sdr AA sedang membicarakan hal itu juga.

      Saya sedang memberi 'erti' kepada 'erti' yang AA 'ertikan'. Wassalam.
      March 31 at 6:35pm · ·
    • Ampuan Awang Pak Darma: 'Erti' itu cukup penting dan bermakna bagi sekalian kita sebenarnya. 'Erti' itu juga berjaya menyentap saya dari tidur...
      March 31 at 6:39pm · ·
    • Salbiah Sarqina alamak tun.sori aku terlupa nak baca puisi nko. bagaimanapun puisi tun semakin mengancam.. syabas!
      March 31 at 10:59pm · ·
    • Ampuan Awang mengancam [?] kah aku sebenarnya terancam [?]
      March 31 at 11:01pm · ·
    • Salbiah Sarqina terancam macam mana pulak.. ya rabbi..nko ni macam macam jerlah tun hahahaha
      March 31 at 11:10pm · ·
    • Ampuan Awang sedangkan kambing sendiri terasa hati kalau tetiba badannya kuyup diraba hujan; inikan manusia yang punya otak melebihi pintarnya otak kambing [?]
      March 31 at 11:12pm · ·
    • Salbiah Sarqina ler itu aku tak brani nak jawap tun sebab aku bukan kambing hehehe
      March 31 at 11:14pm · ·
    • Ampuan Awang itulah jawapannya. kita bukan kambing. ya, kita bukan kambing...
      March 31 at 11:16pm · ·
    • Pahlawan Dusun lalala tumpang lalau ye.. huhuhu
      March 31 at 11:17pm · ·
    • Ampuan Awang harap maaf. berat badan melebihi 50kg ke atas tiada berani pundak mahu menumpangkan beban ;)
      March 31 at 11:19pm · ·
    • Salbiah Sarqina jadi nko ni tun .. uji otak aku lah ni.. kalau otak aku otak kambing ..nko nak buat sup ke tun?? dasyat msyat nko ni tun hehehe takut aku ..cabutz lah...satu dua tiga.. lari................
      March 31 at 11:19pm · ·
    • Ampuan Awang ‎... aku bukan kanibal
      March 31 at 11:20pm · ·
    • Salbiah Sarqina hehehehe
      March 31 at 11:23pm · ·
    • Arif Atan sahabat, ingatan kepada diriku jua & teman2 lain:

      Usah kalah dengan kemenangan...
      April 1 at 12:13am · ·
    • Hawkwan Sap Sangat mendalam maknanya Abang Ampuan Awang.
      Terima Kasih..
      Kebiasaan tabiat yang sering berlaku..
      kesedaran dan peringatan untuk diriku jua..
      April 1 at 3:32am · ·
    • Ampuan Awang HS: semoga kita dapat menganil fikir tentangnya...
      April 1 at 6:18am · ·
    • Yusuf Nur Ucupkun Harga untuk satu tanda..Jual2..
      April 1 at 7:15am · ·
    • Ain Sofiya insya Allah... aku akan menang...
      April 1 at 9:44am · ·
    • Teja Alhabd Sang Kejora indah dan sangat memikat karyanya bung.

      salam sang kejora
      April 1 at 1:29pm · ·
    • Aina Amidin
      Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
      “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat.”

      Riway...at At-Tabrani

      ~indah betul kalam2 sifu ni ba.. betul2 terkesan ni. jazakallah atas perkongsian ar.. ^_^
      April 6 at 6:49pm · ·
    • Mona Mas Ayu Wahanah nauzubillah..smoga dijauhkn dr sifat2 keji spt itu.amin
      April 7 at 8:24am · ·
    • Amran Ibrahim Rashidi Hidup Bahasa Melayu.............
      April 7 at 8:05pm · ·
    • Ampuan Awang sdr amran: ya, hidup! mari kita hidupkan!
      April 7 at 8:08pm · ·
    • Osman Dol Menyingkirkan kemungkaran dan memperolehi kebaikan....
      May 12 at 7:43am · ·

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top