ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

KOMENTAR: Bahasa Melayu Di Mata Dunia [facebook]

Dahulu dikenali di serata dunia

Pernah menjadi bahasa perhubungan

Ini membuatkan kita berasa cukup bangga

Tapi kini, apa sudah jadi?

Bahasa rasmi negara seolah dianaktiri

O mungkin bahasa kita kurang piawaian

atau mungkin kalian tak pernah merasa kasihan

... kiranya bahasa kita ini pupus tidak lagi digunakan



Ingatlah wahai anak bangsa

Bahasa ini pernah beraksi ratusan tahun lepas

Sebelum tanah dirampas Feringgi

Lalu semakin malap selepas

Mat Salleh menganti tempat

membinasa secara diam-diam

Meliuk bak ular; mematuk tanpa sedar!


Tangan yang tak pandai merangka: Ampuan Awang
Updated about 2 months ago · ·







    • Teruna Alam
      Mat Salleh menganti tempat
      membinasa secara diam-diam
      Meliuk bak ular; mematuk tanpa sedar!

      Saya terlintuk membaca hasil tulisan tangan yang tak pandai merangka, sahabat ku Ampuan Awang.
      ...
      AlhamdulilLah.
      See More
      June 7 at 7:56pm · ·



    • Ampuan Awang aduh, dah memang tak bijak merangka sahabat... tinggi bodoh dari bijak
      June 7 at 7:58pm · ·



    • Teruna Alam Bodohnya kerana patuh.
      Bijak asal ilmuNya.
      Duduk sama rendah berdiri sama tinggi
      itulah hubungan keduanya.
      June 7 at 8:35pm · ·



    • Ampuan Awang khuatir terlajak, itu saja...
      June 7 at 8:36pm · ·



    • Mohd Shafiq Bin Abas kembalilah benar berakar
      berbudi tidak melihat diri.
      syukran ya sohib.
      June 7 at 10:12pm · ·



    • Fiza Omar Bahasa jiwa bangsa..tapi setakat mana bangsa kita mampu aplikasikannya..? Ampuan..mantap ni..tak pandai merangka? :)
      June 7 at 11:49pm · ·



    • Salbiah Sarqina hmmmm, bagus ni...
      June 7 at 11:50pm · ·



    • Mohamad Farez Abdul Karim sama-samalah kita di sini mengguna bahasa yang diucap nenek moyang kita itu...(tapi kalau pakai singkatan, masuk sikit bahasa inggeris tak salah kan awang? berdosa tak?hehe :P)
      June 8 at 8:37am · ·



    • Ampuan Awang Pa'eh, buleh kalu hang ;p
      June 8 at 8:48am · ·



    • Hawkwan Sap A.Ampuan Awang: saya tidak mampu berkata apa-apa Abg Ampuan Awang. Saya terdiam. Rakan sabaya semuanya fasih berbahasa Inggeris. Sehingga pelat berbahasa Melayu.
      Barangkali puisi ini mampu membuka mata mereka..
      June 10 at 1:50am · ·



    • Ampuan Awang aduh, panjang benar nak sebut nama abang. abang awang sudah cukup (panjang lagi sebetulnya tu)
      June 10 at 1:52am · ·

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top