ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kias Rumi: Berkias tentang Lidah Laksana Sebatang Sungai

Berkias Rumi :
"Sepotong daging iaitu lidah - laksana sebatang sungai, daripadanya melimpah Kebijaksanaan." [Masnawi, B2:2452]

Ragam Pantun Fitrah Insani

Oh, ke mana pergi jiwa nan murni,
Menjauh sedang jasad masih bernadi;
Oh, faham tersasar menjarakkan diri,
Tersimpang jalan dari Ilahi.

Oh, hasrat bulat besar di hati,
Dibantah kadang jua dituruti;
Oh, nafsu bin nafsi tak pernah sendiri,
Ke mana saja kita diikuti.

Oh, lidah insan-insani,
Luah meluah di sana-sini;
Oh, terlupa kadang saudara sendiri,
Daging dimamah tanpa kita sedari.

Oh, jerit di batin tanpa suara,
Perbuatan di dalam tiada terkira;
Oh, dalam batin tiadakan nampak sesiapa,
Melainkan Tuhan dan kita jua (hujah mereka).

Oh, yakin sudah ditolak pergi,
Segalanya sekarang perlukan bukti;
Oh, usahlah pertikai dicurigai,
Terbelah bulan jua di luar kuasa insani.


Untaian Rumi terjemahan dari teks asal: Pak Darma [Darma Mohammad]
Dibawakan kembali ke sini atas dasar ilmu oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top