ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

KERIS: Pengertian Dari Perkataannya Bersama Sajak 'Ikatan Bangsa Merdeka'



Andai bangsa kita ini datang berbutir bak bebiji tasbih
Aku mengharapkan ada kekukukuhan pada bebutirnya

Andai bangsa kita ini kuat bak tetali jut
Aku mengharapkan ada kekuatan pada ikatannya

Akan tetapi,
perasaan khuatirku memuncak
sebaik sahaja memandang kembali
akan kekukuhan serta kekuatan
yang ada pada diri bangsaku
kian rapuh
malah kini saling bergocoh
hampir sahaja mahu berkerambit
berbunuhan sesama sendiri
Imejan yang terpancar
dari biasan cahaya
pada dinding itu
menyatakan
bahawa
kita
bakal menanti
untuk dilenyapkan
Apakah kita mahu berlaku sedemikian
atas kehendak diri sendiri kita beralas alasan
Apakah kepekaan diri kita hilang akibat terlalu perasan
dan tiada menyangka bumi tercinta ini
bakal lenyap kerana telah diperjudikan
Dilapah maruah bangsa sehingga ke tulang sulbi
Lalu kini, apalah yang tinggal lagi?
Isi negara sudah bertukar ke sisi
semakin susut dari hari ke hari
Dari nilai majoriti telah beralih
turun menjadi minoriti!

##A.A


8 comments :

cemomoi said...

suka tul bab keris ni, lambang jati diri walaupun tak pandai menarikannya

tehr said...

salam
keseluruhan tulisan nampak macam bentuk batu nesan je

...dan memang benar, keris dan orang melayu telah lama dinesankan

tahniah
saya suka

Ampuan Awang said...

@cemomoi, keadaan tak mengizinkan untuk kita bergerak pantas kerana ada saja gangguan.

wah bertari? sudah lama aku tak menarikannya walaupun keris ada di sisi (disimpan rapi di salam almari)

Ampuan Awang said...

@tehr, sengaja dituliskan begitu sebagai tanda aku terkedu haru

DDrfauziah said...

Aslmkm AA.
Bukan keris bukan juga simboliknya,
Tetapi kedaulatan serta posisi nyata;
Hati & minda saling sering tertanya,
Bagaimana hadirnya bahagia didamba?
Sejak dulu, kini & mungkin selamanya,
Hasad dengki terus bersarang di dada bangsa. :((

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Ampuan Awang said...

@DDrfauziah
akak, keris itu keramat tak bernyawa tapi ia tetap bersemi di dalam dada bagi mereka yang masih mahu mengaku berbangsa 'Melayu', tapi bagi yang tidak, adalah lebih baik dilupakan saja sejarah keris bersama kerisnya sekali, nesankan ia bersama bangsanya. malangnya saya tidak mahu semua itu berlaku...

Ampuan Awang said...

@Fakeh
Insya Allah, akan aku cuba men'gugel'nya kemudian sobatku...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top