ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kebesaran Tuhan: Pertemuan Di Antara Dua Sungai

Ternyata Allah S.W.T adalah Tuhan Yang Maha Esa (Tiada Tuhan Melainkan Dia). Marilah kita saksikan akan kebesaran Tuhan yang diciptakan-Nya untuk menjadi tatapan insan (kita) agar kembali dan berpaut pada tali-Nya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Furqan, ayat 53:

53. Dan Dia lah Tuhan Yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, Yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan Yang satu lagi masin lagi pahit; serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan Yang menyekat percampuran keduanya.





Dua pertemuan di antara sungai Rio Negro dan Solimões Sungai di Brasil


KeMahasucian Allah terpancar terus apabila Dia menunjukkan akan kebesaran-Nya pada lautan yang terbentang luas yang mana keluasannya sejauh mata memandang. Dan akhirnya kita (manusia) bakal menemukan:






Lalu renungkanlah kembali akan firman Allah pada surah Ar-Rahman, ayat 19 - 21:

19. Ia biarkan air dua laut (yang masin dan Yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;


20. Di antara keduanya ada penyekat Yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;


21. Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?


Kesudahannya? Izinkan aku berkata begini (istimewa buat diriku sahaja):

"Apakah dia perkara yang tiada pernah Tuhan berikan kepada kita semua di dunia ini? Sekiranya kita lahir dan hidup sebagai orang susah, apakah itu bermaksud Tuhan berlaku zalim terhadap kita sebagai hamba-Nya? Nafas yang kita hembus hari-hari itu apakah pernah Tuhan kenakan bayaran? Jadi, sekali lagi aku ingin bertanya, yang mana satu di antara nikmat yang Tuhan yang kita hendak dustakan!"


P/s: Ucapan terima kasih buat sobat seagama daripada Indonesia iaitu sdr Abduldaem Al-Kaheel atas info beserta foto yang cukup untuk membuatkan mata terpaku sebaik sahaja menatap akan kebesaran Tuhan Yang Maha ini.

Tangan yang cuba hendak menyampai dan berkongsi: Ampuan Awang

5 comments :

cemomoi said...

ma halaqta haza batila subhanaka faqina azabannar

touyakaruma said...

indah betul ciptaannya

http://touyakaruma.com/blog/

ashrafi said...

apa lagi alasan untuk kita menafikannya.. celakalah bagi yang tidak mahu berfikir..

wallahu a'lam

Ibnu Jamaluddin said...

subbahanallah...
ia adalah peringatan bagi mereka yang berfikir...

tehr said...

Maha Suci Allah
semuanya ada batasan sendiri
manusia juga punya batasan untuk mentadbir dunia ini

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top