ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

"Ibu, Bangsa Apakah Ini?" Bersama Karya Bendib


(Apa hujah Bendib kali ini? Diharap sahabat-sahabatku sekalian menatap karya Bendib yang terlalu jujur ini. Buka mata, buka hati; tolong jangan tutup mata dan hati sekali-kali)

"Ibu, bangsa apakah ini?" kata anak kecil itu

"Bangsa? Bangsa mana, nak? si ibu membalas pertanyaan

"Alah, bangsa yang berbendera biru berbucu enam inilah, ibu" anak kecil bersoal lagi

"Oh, Israel. Ada apa dengan bangsa itu, nak?" si ibu menjawab ringkas, sekadar menimbulkan reaksi si anak

"Tiada apa-apa. Bangsa ini ganaslah, ibu. Helmi tengok cara mereka berperang langsung tak suci seperti kita."

Si ibu terpana seketika. Apa pula kaitan antara perang dan suci?

"Kenapa, ibu? Salahkah apa yang Helmi cakap tadi?" si anak menatap wajah ibunya yang memandang dengan kerutan pada dahi.

"Entahlah, nak. Apa sebenarnya maksud Helmi?" si ibu bertanya kembali

"Cuba ibu lihat cara bangsa mereka berperang. Bangsa ini langsung tiada mengikut hukum sepertimana yang ada dalam al-Quran. Mereka merosakkan segala yang ada di sana. Tembok besar dibina bagi menyekat kemaraan bangsa yang mereka tindas supaya segala bantuan tak dapat disalur masuk ke sana. Dan yang terpaling teruk bagi Helmi, mereka menembak rakan yang sebaya Helmi dengan kereta kebal milik mereka; sedangkan mereka tahu rakan Helmi itu hanya bersenjatakan batu kecil yang takkan mungkin dapat membinasakan besi bergerak itu." wajah si anak mulai berubah riak

Si ibu membiarkan si anak meneruskan luahan dan akhirnya si anak mula mengulas ceritanya,

"Ibu, sampai hati PBB buat rakan-rakan Helmi begini. Takkan mereka langsung tiada ikhtiar untuk semua ini? Mana dia jiran senegara? Bukankah mereka juga kuat, ada kuasa pada telaga minyak hitam mereka. Mengapa mesti membiarkan saja rakan-rakan Helmi terus-terusan dibom dan dipijak kereta kebal mereka? Tempoh hari Helmi ada baca tentang komando mereka merampas kapal misi penghantaran bekalan ubat-ubatan dan sebagainya, malangnya mereka bertindak menahan kapal itu; mereka cederakan pasukan yang bertarung nyawa hendak membantu; sedang negara sejiran mereka tunduk membisu. Ibu, Helmi benci bangsa ini. Helmi sedar bahawa para nabi ramai lahir dari bangsa ini, tapi Helmi juga tahu mereka turut bertindak membunuh nabi mereka sendiri. Ibu, kasihan rakan sebayaku di sana. Bagaimana mereka sekarang agaknya???"

Si ibu terdiam. Sementara anaknya menangis teresak-esak mengenangkan sikap bangsa Israel dan jumudnya fikiran negara jirannya yang masing-masing berstatus negara Muslim Bersatu pada ucapan mereka tetapi sebenarnya mereka saling berpecah di dalam...

Oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top