ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hujah Sayu Di Daerah Itu


foto diperoleh dari laman Backpacking Malaysia [Ehsan Google]

        Pernah terjadi di sini
        gerombolan manusia datang
    bertaburan di jalanan; hadir bak sekawan gajah
semangat melewati jiwa tanpa patah
    di mana kebersatuan mara dari segenap penjuru arah
        mereka seperti tiada pernah merasa sengsara
            kerana tanah ini milik mereka jua

Namun kini hanya tinggal debu zarah sejarah
segalanya bagai mahu dinoktah tanpa koma
        apa yang pernah dibangun dengan keringat;
            jaya yang diperoleh hasil dari titisan darah
        hampir dan hampir saja pecah jatuh ke tanah;
    mereka biarkan, mereka biarkan, mereka biarkan
... tanah itu jatuh dirampas orang
Oh, sengaja pancaindera ditutup; sementara hatinya girang
Misi hampir tuntas; hilang sudah nuansa gema bahasa juga budaya
        yang tinggal hanya sejarah, khazanah dibogel-togelkan
    lalu apa yang mendatangi anak kecil terkemudian
hanya mengajukan persoalan:

"Bonda, dengarnya inilah tempat yang pernah mengangkat martabat bangsa kita. Benarkah bonda?"

Pilu rasa hati tak terkalah
kerana si anak kecil sudah bijak mengatur kata
Kata-kata tak terbalas; hujah anak tak mampu dirubah
kini mereka hanya mampu berserah; meniti hari tua
... di atas tanah yang dulu milik mereka secara sah!


Tangan yang cuba menulis dan menyampai: Ampuan Awang

1 comments :

Ibnu Jamaluddin said...

Kerana atas nama pembangunan, hak bangsa dibuang ke tepi...
Demi pembangunan katanya, mulut manis di depan tapi tangan menerima suap di belakang.... Aduhai....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top