
Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Saya tertarik untuk menulis tentang Hitler setelah melihat begitu banyak link note yang ditulis seorang sahabat (yang saya tidak kenal) tentang kaitan Hitler dengan Islam. Saya pohon maaf mengatakan begini, tetapi saya kasihan degan setiap sahabat yang berkongsi link ini tanpa sedar mereka sudah menjadi 'senjata' kepada musuh sendiri.
Gambar-gambar Hitler bersama Haji Amin Al Husayni bukanlah gambar yang baru tersebar. Bukan gambar yang baru dibebaskan dari sekatan OSA untuk dinikmati sekalian rakyat. Ia sudah lama berlegar di internet. Berlegar di laman web. Berlegar di forum online. Berlegar di setiap sudut plan propaganda Zionis. Untuk apa? Untuk membuktikan radikalnya Hitler ialah kerana Islam. Dan Holocoust itu berasal dari Islam sendiri!
Dan naifnya kita untuk gembira dengan jerangkap mereka.
Hitler tidak pernah berminat atau meminati Islam. Ini adalah fakta. Jika dia minat kepada Islam, dia sudah lama masuk Islam. Tony Blair sudah 3 kali khatam Quran. Jauh lebih banyak daripada remaja kita yang baca Fatihah pun merangkak. Malahan 'kagumnya' Tony Blair kepada Quran dilafazkan di hadapan agensi berita Reuters dengan menyebut "Quran itu praktikal dan mendahului zaman"
Maka sudah tentulah dia jauh lebih hebat daripada sebahagian rakyat kita yang terpaksa menunggu sehingga putih bulu kening untuk fasih baca Yasin. Dan sudah tentulah jauh lebih menakjubkan dari Hitler.
Tetapi adakah itu boleh menahan dia daripada menghantar ribuan tentera menyembelih umat Islam seluruh dunia?
Tidak.
Tuan-tuan yang dikasihi,
Percayalah minat Hitler pada Islam bukanlah seperti minat Ann Wan Seng semasa dia baru-kenal Islam dulu. Minat Hitler (dan Tony!) kepada Islam lebih kurang sama sahaja dengan minat orang Melayu kepada tongkat Ali, kopi janda, belalai gajah, minyak lintah..... Minat dari nafsu, bukan hati!
Hitler sedar dan faham bahawa demi menjustifikasikan tindakan politiknya kepada Yahudi, dia perlu mengambil hati rakyat yang lain. Dan hati rakyat paling mudah didekati dengan menggunakan agama. Kenapa anda fikir George Bush Jr. melawat masjid di Washington selepas Perang Afganistan dan sekali lagi selepas Perang Iraq? Bush nak pergi sembahyang tarawih kah?
Anda tahu jawapannya..
Hitler seorang politikus dan strategis yang cerdik. Sangat cerdik. Dan dia hanya perlu memanipulasikan kekeliruan dan emosi rakyatnya untuk menjana misi sendiri.Ingat, Heinrich Himmler, Ketua tentera Jerman sendiri mengakui bahawa Nazisme memanipulasi semangat jihad tentera mereka yang beragama Islam.
Sekarang cuba kita rujuk sejarah. Mengapakah Portugis di Melaka bergabung dengan Johor untuk menyerang Acheh? Dan mengapakah di saat yang lain, Portugis bergabung dengan Acheh menggempur Johor?
Dalam sisi perang, ia dipanggil turn your enemy into your weapon.
Soal sama ada Hitler tidak meminum arak tidak boleh dijustifikasikan sebagai kecondongan dia kepada Islam. Tuan-tuan perlu ingat, arak diharamkan oleh majoriti agama. Islam, Buddha, Hindu dan sebahagian besar Christian Orthodoks. Hitler sendiri beragama Kristian Roman Katholic, belajar di sekolah Kristian ketika kecil dan pernah memperkenalkan ideologi 'Positive Christianity'.
Jadi soal minum arak atau tidak, bukan hal yang releven melainkan dia memeluk islam dahulu.
Hitler tidak pernah membunuh Yahudi kerana pembacaannya tentang Islam. Tidak pernah menjalankan holocoust kerana membaca Quran. 100 000 tentera Jerman yang terlibat dalam holocoust dan menyembelih 6 juta yahudi juga membunuh bukan kerana ada hadis nabi menyuruh begitu. Demi Allah yang jiwaku berada di dalam tangan-Nya (kekuasaan-Nya), aku bersumpah bahawa tidak ada Islam menyuruh begitu. Tidak ada.
Majoriti mereka ialah Kristian yang setiap minggu berulang alik ke gereja. Mereka jadi begitu kerana kegagalan pemuka-pemuka Kristian Jerman menjadikan mereka semua seorang manusia. Tidak ada sepatah kaitan dengan Islam.
Islam tidak pernah dikenali di Jerman pada masa tersebut. Ia tidak pernah dominon di sana. Islam hanya diketahui selepas pengaruh Jerman memasuki Balkan (yang dihuni majoriti Muslim) pada Perang Dunia ke 2. Bukan pengaruh Islam di Balkan yang memasuki Jerman.
Aneh dan canggung apabila kita memuji Hitler yang menjalankan ethnic cleansing kepada kaum Yahudi sedangkan junjungan besar Muhammad s.a.w memberikan contoh yang terbaik dalam berdepan dengan Yahudi.
Hitler membunuh Yahudi antaranya kerana dominasi dan kezaliman ekonomi kaum Yahudi ke atas penduduk Jerman. Sedangkan Nabi Muhammad hanya membenarkan ahlul Madinah memboikot Telaga Ruumah yang dimiliki Yahudi dan kedai-kedai Yahudi di Pasar Madinah kerana penjual Yahudi menipu dalam jual beli.
Malahan usai Perang Khaibar contohnya, Nabi Muhammad memberi pengampunan dan keamanan kepada Yahudi yang tunduk menyerah walaupun nyawa baginda cuba ditamatkan dengan racun perempuan Yahudi.
Dalam Perang Khandak, Yahudi Bani Quraizah dengan jelas dan terang berpakat dengan gerombolan musuh sehingga hampir menghancurkan Madinah. Apa yang dilakukan oleh nabi? Ethnic cleansing? Tidak. Hanya yang terlibat dalam perang itu sahaja dihukum bunuh kerana pengkhianatan kepada perjanjian dan keamanan negara Islam Madinah. Mereka dibicarakan dahulu malahan hakim perbicaraan itu (Saad bin Muaz) dipilih sendiri oleh pemuka Bani Quraizah; bukan oleh Nabi atau mana-mana sahabat!.
Maka amatlah pelik bilamana Allah mengutus Muhammad sebagai suri tauladan tetapi kita pula lebih galak memilih Hitler!
Kata kata Hitler "Aku boleh membunuh semua Yahudi tetapi aku meninggalkan sedikit untuk dunia mengetahui kenapa aku melakukannya' dijulang bagaikan kata keramat. Sedangkan hadis Nabi tidak mahu diingat.
Maaf saya katakan, bahawa masalah umat kita ialah mudah tertarik kepada benda baru. Mahu jadi lain dari yang lain. Itu yang menyebabkan akidah pelik seperti 'Allah duduk atas langit' pun boleh jadi popular. Atau sup lidah buaya boleh memulihkan kelelakian. Maka kasihanlah sekalian buaya...
Berhentilah menjadi Pinnochio...
**********XXX**********
Ulasanku:
Jangan rasa diri ditembak sebaik sahaja mata kenyang membaca fakta di atas (aku senyum kerana baru saja selesai makan). Sebenarnya Hitler tiada menarik perhatian aku langsung walaupun bukunya ada dalam simpanan (tak baca pun sebab tak faham apa yang dibebelkan dalamnya). Err, andainya Bush tiba-tiba membaca Al-Quran pun aku tetap akan berprasangka buruk kepadanya (semoga hidayah sampai menjengah dirinya sebelum nafasnya tiba di kerongkongan).
Hujah di atas bukan tempelakkan yang sengaja ditujukan buat sesiapa tapi ia sekadar mahu menyampai hujah bernas tentang sejarah Hitler yang diangkat martabatnya secara tiba-tiba (hanya kerana dirinya pernah mendampingi ulama-ulama kononnya). Perlu diingatkan, mendampingi ulama tidak semestinya mahukan ilmunya (Hitler tak masuk Islam pun aku tengok!). Mudahnya, orang kita kuat mengangkat sesuatu hanya dengan melihat kepada nama dan yang berkait (err, dan yang sewaktu dengannya).
Contohnya mudah, Tongkat Ali (sila baca kembali artikel di atas) popular di kalangan orang kita. Bukan kerana kelebihan bagi melancarkan peredaran darah tapi kerana kelebihan mencacak ke langit. Realitinya? Maka habislah Tongkat-tongkat Ali yang belum cukup matang usianya ditebang (bukan dicabut secara tradisinya) bagi memenuhi permintaan yang tak menang tangan (kononnya). Sudahnya? Kadang seharian ada yang asyik menggeleng menanti malam (kerana telah mendapat energi rangsang yang kuat asbab Tongkat yang lemah itu). Aduh, sekali lagi aku rasa ngilu!
Berhentilah menyanjung Hitler. Dia sudah mati (usah bangkitkan semangat juang bengalnya itu). Apakata kita bangkitkan semangat Hassan Al-Banna. Itu barulah dikatakan semangat namanya. Ini tidak, Hiter juga yang nak dipuja sanjung hanya kerana dia pernah berjumpa ulama. Aduh, dangkal sungguh!
Cukuplah dulu. Ada baiknya aku berhenti menulis setakat ini, artikel di atas sudah cukup bagi membuka mata mana-mana insan yang kurang terang kefahamannya. Antara Hitler dan Islam, langsung tiada apa-apa pertalian, ia digunakan bagi membersihkan namanya yang kotor dari sisi Yahudi semata-mata. Jangan ada pula di antara kita yang mahu anaknya meneladani perangai Hitler, kucar-kacir dunia dibuatnya nanti. Err, akhir sekali aku ingin nyatakan sesuatu yang penting untuk kita sama-sama renungkan. Apakah benar orang kita ini sama perangainya dengan Pinnochio? Aku jawab 'YA". Mengapa? Nantilah, tunggu Pinnochio menipu dahulu (kalau kedapatan pasti panjang saiz hidungnya).
Info ulangan buat umat manusia oleh: Ampuan Awang










24 comments:
org2 yang macam tu memang suka memanipulasikan agama demi mencapai cita-cita..
already known but remain silent , sapa yang matang akan sedar menda nih and bukan idol it membuta tuli :) Thanks friends. You already decribe it perfectly. Open mind sahabat semua. Hitler is not like watcha thinking.
@nina,
sama-sama ;)
kadang - kadang kita mudah terpedaya dengan teknik - teknik mereka ini, sebagai umat islam kita perlu lebih berhati - hati
@akuvision
sememangnya mereka bijak memanipulasi segala cara asalkan hajat mereka kesampaian.....
sebelum ini seri pun pernah membaca artikel tentang hitler ni. semoga kita tak terpedaya oleh niat jahat kaum yahudi.
Seri,
ini sebenarnya bukan dikira taktik Yahudi tapi taktik orang kita sendiri kerana ia telah dialih-bahasakan ke bahasa Melayu (dari artikel orang puteh agaknya)
SALAM...BUKAN NAK BERBALAH PENDAPAT...BUKAN MASANYA LAGI ISLAM UNTUK DITINDAS...DIPIJAK...DILENYEK...DIKUTUK. KITA DISINI HANYA DUDUK DIAM DAN ASYIK BERBALAH PENDAPAT...BAGI SAYA, HITLER CAKAP DIA BENCI YAHUDI...DIA DAH MELAKUKANNYA...MEMBUNUH..MENYEMBELIH..WHATEVER...BUT THE POINT IS, ADAKAH MANUSIA BEGINI WUJUD ZAMAN INI? KALAU ADA PUN..KITA UMAT ISLAM HANYA MAMPU MENUNGGU DAN MENANTI TURUNNYA IMAM MAHDI...DIKHABARKAN KAUM YAHUDI AKAN DIHAPUSKAN SEMUANYA DI BAWAH PIMPINAN IMAM MAHDI...ITULAH MANUSIA SEKARANG...KUTUK SANER KUTUK SINI...NO ACTION AT ALL...KITA MAMPU MERUBAH APA YANG DIRANCANG YAHUDI...TAPI TAK JADI KALAU HANYA SEGELINTIR SAHAJA MANUSIA BERSEMANGAT UNTUK MENUMPASKAN YAHUDI...BUAT MASA NI, TUNGGU DAN LIHAT JERLAH...
@Redcon,
Salam kembali buatmu sahabat. Adapun apa yang dinyatakan dalam artikel di atas adalah hakikat yang terpaksa kita terima. Bukan kerana Hitler telah berjaya menyembelih dan membunuh Yahudi. Apakah ada dalam hukum Islam yang mana menyuruh penganutnya melakukan pembunuhan dan pembantaian sesama makhluk? Kalau ada sila tunjukkan dalilnya (ingin juga aku melihat-saksikannya).
Cuba lihat kembali artikel pada ayat ini,
"Berhentilah menyanjung Hitler. Dia sudah mati (usah bangkitkan semangat juang bengalnya itu). Apakata kita bangkitkan semangat Hassan Al-Banna. Itu barulah dikatakan semangat namanya. Ini tidak, Hiter juga yang nak dipuja sanjung hanya kerana dia pernah berjumpa ulama. Aduh, dangkal sungguh!"
Mengapa tidak dinaikkan sahaja nama ulama yang tertindas (Hassan Al-Banna) sebagai mentor anak-anak? Bukankah kita disaran agar meneladani anak-anak dengan watak dari seorang yang warak. Tujuannya? Pastinya kita mengharap anak-anak kita itu membesar dengan sifat taqwa dan memiliki keperibadian yang tinggi tanpa mahu cacat cela barang sedikitpun. Sekiranya kita memilih Hitler sebagai mentor buat anak-anak, apa akan terjadi kepada anak itu? Andai dia baik, mungkin dia akan baik sepenuhnya, bagaimana kalau anak itu membesar dengan mengangkat panji Hitler dengan membantai kembali Yahudi melalui perang dan pedang? Apakah ini yang dimahukan oleh baginda Nabi SAW? Apakah ini tanda bahawa Islam itu agama yang suci murni sekiranya pembunuhan dan pembantaian dilakukan sesuka hati? Terpaling penting untuk kita ketahui, apakah hayat manusia yang telah pergi bisa kita hidupkan kembali?
Sekian...
saya mohon share utk di publish kan di fb ya..
silakan, tuan ;)
yaz. ini aku suke. =)
Kalau kita baca mengenai Hitler dan Islam dalam erti kata atau perspektif lain maka kefahaman dan andaiannya akan berbeza. Apa yang ditonjolkan tentang Hitler ialah menceritakan akan perbezaan sejarah yang diada-adakan oleh golongan yahudi zionist meletakkan hitler sebagai pemimpin yang kejam menindas orang yahudi dan membunuh secara beramai-ramai. Samada Hitler suka Islam tak suka Islam bukanlah satu isu pendedahan itu. Pelajaran yang perlu diambil mengenai Hitler itu adalah bagaimana kita menilaikan sesuatu sejarah yang lalu akan kebenarannya samada diseleweng untuk mencapai sesuatu agenda atau ianya satu kebenaran untuk diambil pelajaran darinya. Adakah Hitler akan menjadi pujaan hati kita apabila membaca artikel Hitler dan Islam. Cara pemikiran sebegini harus dikikis agar kita tidak keliru dalam membezakan haq dan bathil. Bagaimana mereka mengambil Islam membaca Al Quran adakah perlu mereka menganuti Islam. Dan adakah mereka beragama kristian mengambil sepenuhnya ajaran kristian dalam kehidupan mereka? Maka membuat satu andaian adalah satu perbuatan yang mampu mengelirukan pembaca dn akhirnya tiada pelajaran diambil dari pendedahan yang berdasarkan fakta dan kajian dibuat samada golongan barat sekalipun. Maka kita seharusnya ada garisan furqon iaitu pembeda dalam membezakan haq dan bathil berdasarkan petunjuk yang haq.
Sdr Niz,
Persoalan yang sdr timbulkan,
"Adakah Hitler akan menjadi pujaan hati kita apabila membaca artikel Hitler dan Islam?"
jawapanku, "YA"
cuba buka mana-mana laman sesawang yang membuka topik perbincangan berkenaan Hitler; ramai yang menyanjung dan memuji tindakannya.
"Cara pemikiran sebegini harus dikikis agar kita tidak keliru dalam membezakan haq dan bathil"
takkan ada kekeliruan dalam Islam seandainya kita berpegang teguh pada keduanya iaitu Quran dan Sunnah. mengapa umat Islam (kita semua) sekarang ini berasa keliru? walaupun umat Islam jumlahnya ramai tapi rata-ratanya berpecah dan tidak bersatu padu. Haq dan bathil mereka gaulkan sekali; manakan bisa minyak dan air disatukan dalam suatu tempat.
"Maka membuat satu andaian adalah satu perbuatan yang mampu mengelirukan pembaca dn akhirnya tiada pelajaran diambil dari pendedahan yang berdasarkan fakta dan kajian dibuat samada golongan barat sekalipun"
Sejarah Hitler bukanlah suatu yang layak dijadikan iktibar buat kita umat Islam...
Hitler tertonjol kerana di lawan yahudi, amerika dan sekutunya. Kita tak melawan malah banyak negara umat islam bersekongkol lagi...
kita tak mahu ekonomi yahudi menguasai dunia. boikot...maka lahirlah kereta katak mesra rakyat wolkswagen.
pembunuhan beramai-ramai yahudi tu dibesarkan oleh media yahudi agar yahudi dapat membalas dendam dan minta simpati masy dunia. gambar kem tahanan semua dimanipulasi. berapa ramai umat palestin dibunuh, rakyat iraq disembelih dan afganistan di jajah...berjuta-juta nyawa melayang.
sama macam media kita siarkan kezaliman zaman jepun, tapi tak siarkan kezaliman amerika yang di belakangnya yahudi membunuh, hampir di merata pelusuk dunia.
Bom atom di Hiroshima Nagasaki macam kiamat dibuatnya habis cacat satu generasi...orang terlupa.di Viatnam pun begitu...
Ana bukan sokong hitler tapi sokong yang menentang kezaliman yahudi, amerika dan sekutunya termasuk apco UmnoBN.
teman sokong dengan mike en hamdan...jika yahudi bertaburan di muka bumi ni macam kaum cina?
hitler bersekutu dgn islam sbb dia nak bantai yahudi yg sama2 bengang kat zionisme...
hitler bersekutu dgn islam sbb islam pun bengang kat zionisme.....ini kes the enemy of my enemy is my friend...
Kita semua perlu berhati-hati dalam menerima dan menolak fakta, kerana apa yang pasti Yahudi tidak akan menghalalkan umat lain wujud di muka bumi ini. Musuh Islam akan terus menggunakan berbagai-bagai cara termasuk memanipulasikan umat Islam sendiri untuk mengahncurkan Islam. Lihatlah di negara kita. Ramai yang mengaku bijak pandai Islam telah diperlakukan oleh musuh hingga terlena dalam dakapan mereka, hingga menggadaikan maruah dan agama islam sendiri.
saya suka. mintak share yerk..
ape yang sy dah denga sblom nie berbeza dengan ape yg sy telah bace skrg.
;D THIS IS THE TRUTH.. aku rasa orang yang mengagung2 kn seorang ditaktor tak bace sejarah ww1 dan ww2.. mind twisted ke masalah buta hati?? main percaya buta2 je.. even kat tempat aku belajar ni pun, bebudak da sibuk anggap hitler ni angel sangat.. aku terkejut bagak la.. coz b4 diz aku bace hitler dengan teori darwin, aryan spirit, volkisch stuff n bla3.. dtg kt sini diorg siap tayang video bg brainwash bebudax bangang yg dok sibuk study bende dlm buku je.. menyampah mungexxx.. asl aku bwk topik luar hardcore sket, diorg da tak phm.. tp aku sndri personally tak suka politik sebab seolah2 kitorg dimomokkan dgn mslh2 politik berbanding kebaikannya time duk ngaji kat skolah dlu.. seriously, aku budak sains.. tp aku suka history luar buku damn soo much.. ;D
tak sokong dan tak puja hitler. cuba pikir adakah plastine skrg akan jd negara yahudi jika dia menang. sudah tentu tidak sama skali.
Larangan berteman akrab dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani :
Al Maidah 5:51. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin- pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Kutukan Allah terhadap orang-orang Yahudi:
Al Maidah 5:64. Orang-orang Yahudi berkata: "Tangan Allah terbelenggu", sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dila'nat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kedurhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan di antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerusakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan.
Memerangi Yahudi hingga hari Kiamat:
Al Israa’ 17:5. Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.
Al Israa’ 17:6. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.
Kehancuran Bani Israil kerana tidak mengikuti ajaran Taurat:
Al Israa’ 17:4. Dan telah kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat keruskan di muka bumi ini dua kali* dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.”
• Yang dimaksud dengan membuat kerusakan dua kali ialah pertama menentang hukum Taurat, membunuh Nabi Syu'ya dan memenjarakan Armia dan yang kedua membunuh Nabi Zakaria dan bermaksud untuk membunuh Nabi Isa a.s. Akibat dari perbuatan itu, Yerusalem dihancurkan (Al Maraghi).
• Apapun maksud kerusakan dua kali itu hanya Dia yang MahaTahu. Apakah ada kerusakan demi kerusakan. Kehancuran demi kehancuran. Jerusalem tak pernah diam. Jerusalem tak pernah aman. Yang pasti Al Israa’ 17:5 pasti berlaku, pasti benar, Allah akan datangkan hamba-hambaNya yang mempunyai kekuatan yang besar.
Post a Comment