ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hakikat Hidup Pasangan Berlawan [Elakkan Sehancing Air; Sebusuk Angin!]



(Pertelingkahan tidak akan membawa perubahan yang positif kepada mana-mana aliran pun. Kanan atau kiri itu pilihan masing-masing dan tiada paksaan untuk itu semua. Sekiranya orang atas memulakan sengketa, akibatnya orang bawah akan berdepan dengan masalah besar yang kita tiada tahu bila selesai episod ceritanya!)

Dalam dunia
tiada satupun
dari semua benda
yang diwujudkan Tuhan
    ... tanpa pasangannya

Setiap satu dari seluruh benda
tak kira yang bernyawa
atau yang tiada
wujud berteman
berlawanan

Ini bermakna
kita semua saling bersama
lupakanlah hal sakit asbab cubit mencubit
kerana sakit peha kanan; hanya kanan tahu akan sakitnya
hairan sekali, mengapa kita tak mampu bersatu
dalam dunia yang haru-biru
dinding tembok kulihat
diconteng dek orang
berwatak dungu
Lupakah kalian akan sesuatu
lihat ke bait atas mula kataku
kita wujud dalam dunia berpasang-pasangan
kewujudan kita akan kembali dilenyapkan
apabila detik itu telah sampai
hidup yang tak pernah patah dahulu itu
bakal patah jua; lalu sekarang kita mahu memikir apa?
jawablah sesuatu dari hati luhur;
bukan dari fikir sehancing air dan sebusuk angin
yang keluar dari lubang qubul dan dubur!
Oleh: Ampuan Awang

4 comments :

Slave of Almighty said...

Salam sobat..

Nice one.. Truskan! ^^

Ibnu Jamaluddin said...

Terpukau dek kata-kata,
teruskan dengan usaha,
dan maaf kerna lama tak berkunjung,
serta terima kasih atas lawatanmu sobat sentiasa

Ampuan Awang said...

@Slave of Almighty
hanya ini saja yang den mampu tulis. tak mampu nak mengulas lobih. aduh

Ampuan Awang said...

@Ibnu Jamaluddin
kita masing2 punya tugas hakiki duhai sobat. dahulukan kerja dari kunjungan kerna kunjungan bisa kita lakukan kemudian mengikut masa dan keadaan. terima kasih sobat

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top