ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Hadiah AF --> Hadiah Mentor --> Hadiah Tilawah = Perbezaannya [?]


Hadiah pemenang Akademi Fantasi Mimpi

Tempat pertama membawa pulang hadiah lumayan yang bernilai lebih RM 250, 000 iaitu sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, Percutian Hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND’S InnerShine untuk dinikmati 1 tahun tajaan Cerebos, 2 tiket perlancongan ke New York tajaan Maybelline New York, Set Karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D’Paradise Resort, Melaka tajaan D’Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG dan trofi Juara Akademi Fantasia.

Tempat kedua dan menerima hadiah sebuah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, voucer percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D’Paradise Resort, Melaka tajaan D’Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Naib Juara Akademi Fantasia.

Tempat ketiga dan membawa pulang set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, voucer percutian tajaan Maybelline New York, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Air Purifier, Percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D’Paradise Resort, Melaka tajaan D’Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Akademi Fantasia.


Hadiah pemenang Mentor Psikatri

Tempat pertama mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.

Tempat kedua membawa pulang wang tunai RM30,000.


Hadiah Pemenang Tilawah Al-Quran

Johan: wang tunai RM15,000 [banyak benar] , pakej menunaikan ibadat haji, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Naib Johan: wang tunai RM7,000, pakej menunaikan ibadat haji

Tempat Ketiga: wang tunai RM5,000, pakej menunaikan ibadat haji


Komentar berkenaan dengan perbezaan hadiah ketiga-tiga majlis di atas:

Akademi Fantasi Mimpi dan Mentor Psikatri mendapat tajaan yang besar kerana ia program realiti berbentuk hiburan. Perkembangan hiburan harus lebih tinggi hadiahnya kerana ia berbeza dengan majlis yang ketiga itu. Majlis yang terakhir itu sememangnya layak untuk menerima jumlah hadiah yang telah ditetapkan. Orang agama tak perlulah banyak sangat kemahuan. Bukankah zuhud itu amalan yang baik? Dan zuhud itu perlu ada pada setiap orang [?].

Zuhud?!



Jangan kalian lacurkan perkataan zuhud itu untuk kepentingan peribadi!

5 comments :

velasrizal said...

apa nk jd dunia skrg ni kan..


Folding Shower : Menjimatkan Ruang Bilik Air

Ibnu Jamaluddin said...

manusia itu sudah lari jauh, mudah dan benar....

cemomoi said...

hee orang islam kena zuhud lepas tu kena qanaah lepas tu kena syukur lepas tu kena sokmo la....

Ampuan Awang said...

aduh, sakit kepalaku...

tehr said...

dunia memang penuh dengan wang ringgit, hiburan dan kelalaian

nok wat lagu mano lagi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top