ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Di Mana Kedudukanmu Di Sisi Tuhan [?]

Sabda Al-Musthafa,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hamba-Nya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya." [Riwayat Al Hakim]

Sayyidina wa Habibina,
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memandang rupa parasmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barangsiapa memiliki hati yang soleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertaqwa." 

[Riwayat Ath-Thabrani dan Muslim]

Daripada Mu’adz bin Jabal r.a., beliau berkata:
“Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: “Wajib mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan yang saling berkunjung kerana Aku, dan yang saling berkorban kerana Aku.”

[Riwayat Ahmad]

"Seringkali dirimu diminta untuk taat, tetapi hatimu senantiasa merasa berat kerana memang tidak mencintai ketaatan. Kerana itu, yang pertama kali harus kamu lakukan adalah mengubati kalbumu. Apabila telah sembuh, nikmat cinta pun akan datang dengan sendirinya. Manisnya maksiat yang dulu dirasakan akan ditemukan pada ketaatan."

[Imam Ibnu 'Athaillah as-Sakandari r.a.]


*** Menyampai data dari grup Al Hikmah di laman facebook yang diposkan oleh saudara Mohd Shafiq Abas. Isinya menarik benar untuk direnungkan bersama (kalau mahu merenunglah).

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top