ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

BOIKOT ISRAEL: Perarakan Hendaklah Dilakukan Dengan Cara Berbogel






(Apakah kita mampu atau berjaya memboikot barangan Israel bersama sekutu kuatnya Amerika sekiranya masih berminat memakai seluar buatan mereka? Apakah perasaan anda sebenarnya? Apakah perasaan sayang lebih banyak daripada benci? Atau kita ini sebenarnya marah tapi sayang?)

"..., aku benci Israel! Dari dulu sampai sekarang aku memang benci dengan kaum pembunuh para nabi itu." dengan raut muka bengis, Amran bersuara seolah dia sedang bercakap bagi pihak negara Palestin di Persidangan Badut-badut Antarabangsa (PBB).

"Eh, sabar Amran. Jangan gelojoh sangat melempias amarahmu. Marah itu sifat syaitan dan sekiranya kau terus berkata begitu, kau pun sebenarnya tergolong bersama mereka." Fazrul berusaha menenangkan sahabatnya yang sedang dilanda badai amarah melampau. Marahkan Israel; sahabat sendiri dihamburkan segala luahan yang bertakung di dalam hatinya.

"... Kau siapa, Fazrul. Kau berada di pihak yang mana? Ah! Kau pengikut Israel. Aku tahu kau memang salah seorang dengan mereka bukan? Kalau dah pengikut itu pastilah akan menyokong saudaranya. Tak perlulah kau berselindung; buka saja topengmu." bentak Amran tanpa menghirau perasaan sahabat akrabnya itu.

"Aku pengikut Israel? Aku tahu mereka bersalah kerana  bertindak merampas tanah kepunyaan rakyat Palestin  tapi bukan begini caranya kau lepaskan kemarahanmu, Amran. Apa yang kau nak lakukan lagi selepas ini." Fazrul masih tenang walaupun dia sedikit terasa hati bila dirinya dilabel sebagai pengikut kepada negara haram Israel.

"Boleh lagi kau tanya aku soalan sebegitu? Selepas ini aku nak khabarkan dengan rakan-rakan sekolah yang lain untuk turut sama memboikot Israel. Lagipun aku dengar ada perhimpunan besar yang akan dibuat di Kuala Lumpur. Aku akan turun ke sana bersama pengikutku!" balas Amran dengan angkuh. Lagaknya sama seperti ketua perang sabil tapi malangnya ia berpandukan nafsu sebagai penunjuk jalannya.

"Amran, sebagai kawan aku terima apa yang kau katakan walaupun kau tuduh aku yang bukan-bukan. Tapi sekiranya benar kau nak turut serta dalam perhimpunan raksasa itu, aku mahu kau berarak bertelanjang. Lucutkan pakaianmu sewaktu kau galak berhimpun di sana. Bolehkah?" tiba-tiba soalan permintaan pelik terpacul dari mulut Fazrul.

"Telanjang? Apa maksudmu, Fazrul? Mengapa aku mesti berarak telanjang? Memang sahlah kau ni pengikut setia Israel!" semakin lantang Amran mengutuk sahabatnya sendiri.

"Kau lihat sendiri jenama pakaian yang membalut tubuhmu, Am. Apakah jenamanya? Tujuanmu ke sana hendak memboikot Israel dan aku tahu kalau dah nak memboikot, mestilah yang nak diboikot itu termasuklah barangannya. Tapi kau masih memakai baju dan seluar berjenama Levi's. Apa kau lupa sejarah tuan punya seluar itu?" paku buah keras sengaja dilempar dan ia mengenai tepat pada kepala Amran. Apa yang jelas sekarang Amran hilang punca dan kehilangan kata-kata untuk menangkis hujah sahabatnya.

"Am, siapakah dia si Levi's itu?" soalan yang sama ditujukan untuk kedua kalinya.

"Err... Err... Aku..." hanya itu yang mampu diluahkan.

Amran kini dalam dilema. Apakah dia akan terus berjuang bersama mereka yang lain di Kuala Lumpur nanti dalam keadaan telanjang tanpa sebarang pakaian? Sanggupkah dia berbuat demikian? Persoalannya, mengapa mesti kita lacurkan perkataan 'Perjuangan' menentang atau memboikot sesuatu berangan atau produk tapi masih lagi memakai dan menyarungnya pada badan? Berhentilah melacurkan perkataan itu. 'Perjuangan' dalam menegakkan hak itu perlu dilakukan tapi bukannya secara membabi buta. Bagaimana mungkin usaha memboikot itu akan berjaya sekiranya kita masih menggunakan barangan milik mereka? Aduh, Amran. Sungguh tiadaku menyangka, dalam diam kau bersalam dengan mereka juga. Bisik Fazrul di dalam hati.


P/s: Walaupun aku tak gemar memakai jeans tapi nak juga satu. Err, sekiranya para pemboikot nak buang seluar Levi's (terutama yang berkepala kain), dapatlah kiranya disedekahkan saja kepadaku. Daripada kalian buang, adalah lebih baik aku pakai seluar tu. Huhu

## A.A

2 comments :

xazryx said...

nk wat camne ?ekonomi dunia isrel yg pegang .

Ampuan Awang said...

@xazryx
alangkah baiknya sekiranya kita tidak bergantung harap dengan produk mereka

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top