ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Apa Teras Penyubur Nasionalisme [Oleh Arif Atan]

Oleh: ARIF ATAN
(Utusan Melayu Mingguan - sisipan dalam Utusan Malaysia, 5 Julai 2010, hlm. 8)

Dalam konteks hidup bernegara di Malaysia, nasionalisme dapatlah difahamkan sebagai sentimen atau rasa kesatuan dan taat setia segenap lapisan rakyat tanpa mengira warna kulit terhadap tanah air.

Segala tindakan dan perbuatan adalah berpandukan negara ini bukannya berkiblatkan negara lain.

Sepatutnya, hal berkaitan pengukuhan semangat nasionalisme sudah padu jitu pada ketika kita sudah berada dalam dasawarsa pertama abad ke-21 dan menjelang ulang tahun ke-53 sambutan kemerdekaan negara.

Malangnya, mutakhir ini rupa dan wajah negara bangsa Malaysia makin celaru. Ada pihak cenderung memanipulasi gagasan Satu Malaysia dengan melebih-lebihkan pula kerencaman budaya kaum sehingga menenggelamkan kebudayaan tempatan sebagai alat memupuk nasionalisme rakyat Malaysia di negara ini.

Walhal, Satu Malaysia menuntut seluruh rakyat Malaysia bersikap terbuka dan insaf bahawa bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ini adalah Malaysia bukannya republik China, negara India atau Eropah.

Bagi mencapai matlamat pengukuhan semangat nasionalisme aspek berkaitan penekanan teras nasionalisme yang menunjukkan Malaysia berbeza dengan negara luar wajar ditegaskan terutama kepada generasi muda.

Paling penting adalah peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Wadah untuk bahasa kebangsaan mencapai segala peranan tersebut tidak lain tidak bukan adalah bersandarkan sistem pendidikan negara.

Persoalannya, adakah bidang pendidikan hari ini menuju kepada matlamat mengupayakan peranan bahasa kebangsaan sebagai agen utama memupuk seterusnya mengukuhkan semangat nasionalisme rakyat Malaysia?

Penulis menganggap sekolah sebagai tempat “melentur rebung” iaitu generasi muda kita kurang berkesan bagi menjayakan nasionalisme Malaysia. Adanya pelbagai aliran sekolah mengikut kaum menyebabkan orang bukan Melayu terutamanya enggan memasuki sekolah kebangsaan dan mengakibatkan sekolah kebangsaan terus didominasi oleh pelajar Melayu.

Akibatnya, hiduplah warga kita sejak di bangku sekolah lagi dalam tempurung kaum yang apabila menjadi “buluh” kelak mendatangkan “miang” kepada perpaduan dan integrasi nasional.

Apa tidaknya dari kecil diasuh mengutamakan kepentingan diri atau kaum masing-masing melampaui kepentingan nasional. Adakah keadaan tersebut dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat kita yang berbilang kaum pada masa akan datang?

Oleh itu, atas dasar Satu Malaysia maka dituntut benar kita mengamalkan Satu Bahasa Kebangsaan dan Satu Aliran Sekolah Kebangsaan.

Ketepikanlah rasa perkauman. Junjunglah sekolah kebangsaan sebagai bukti diri adalah rakyat Malaysia sejati. Tambahan pula, sekolah kebangsaan sekarang pun sudah menawarkan bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai mata pelajaran pilihan. Jadi, apa perlunya sekolah “jenis” kebangsaan pada ketika kita galak berteriak Satu Malaysia?

Pengasingan sekolah mengikut kaum inilah hakikatnya yang merencat rasa kebersamaan anak-anak Malaysia untuk berkongsi horizon pemikiran dan ruang budaya antara satu sama lain.

Malah, sekolah berasaskan kaum juga hanya akan menonjolkan lagi sifat bukan Melayu dengan acuan budaya yang saling tidak tumpah dari negara leluhur nenek moyang mereka. Hal ini jelas bercanggah dengan hasrat pembentukan negara bangsa Satu Malaysia yang terasnya secara logik mestilah satu bahasa dan satu aliran sekolah kebangsaan.

Dalam konteks bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini mesti ada satu faktor pengikat kepada erti sebenar perpaduan. Mustahil perpaduan boleh dicapai jika wujud terlalu banyak kepelbagaian tanpa kawalan. Sedangkan dalam alunan lagu pun jika terlalu banyak alat muzik yang digunakan, lagu yang didengari pasti kedengaran tidak harmoni iramanya di telinga apatah lagi dalam hal berkaitan negara bangsa bernama Malaysia.

*** Hiduplah warga kita sejak di bangku sekolah lagi dalam tempurung kaum yang apabila menjadi “buluh” kelak mendatangkan “miang” kepada perpaduan dan integrasi nasional.


P/s: belum mampu nak mengulas, mungkin nanti malam agaknya, itupun insya Allah.

2 comments :

Ampuan Awang said...

hairan, mengapa mereka tidak merujuk perkara peperiksaan ini kepada individu yang mendudukinya?

testing 1, 2, 3 :D

Ampuan Awang said...

~x(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top