ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

World Cup: Bahang Semakin Panas Membara [?] Hakikatnya [?]



Bahang bola sepak semakin dirasakan kehangatannya di seluruh dunia. Di sana-sini orang sibuk bercerita pasal bola, dalam radio bebel pasal bola, dalam peti televisyen pun sibuk dengan iklan bola, kedai mamak bakal sarat dihimpit dek pelanggan yang bertahap 'Bola Mania' ulahnya. Tapi bagaimana pula dengan aku? Apa pula yang aku rasa? Tiada langsung aku berasa apa-apa. Aku meminati bola sepak tapi malang sekali aku tiada berupaya beraksi lincah di tengah padang. Eh, kenapa? Aduh, aku kan kaki bangku. Sesiapa yang berkaki bangku takkan dapat bergerak lincah atau berjaya mempamerkan aksi bergaya selincah pemain profesional dunia. Apapun aku tetap meminati bola sepak tapi... Aku kurang berminat melihat televisyen untuk menyaksikan kejohanan besar dunia ini. Hanya satu alasan utama yang berada di dalam kepalaku sekarang. Mengapa mereka meluluskan lesen perjudian bersempena dengan World Cup ? Sila bagi jawapan kepada aku yang berkaki bangku ini?


Aku yang bertanya: Ampuan Awang

2 comments :

Amri Bahruji matPuisi said...

piala dunia??> ape tu..x tau pun.. kat mane ek?... hmm...

Ampuan Awang said...

@Amri Bahruji matPuisi
entahlah, dekat kutub utara barangkali ;]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top