ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Uniknya Kata-Kata [Ulang Tayang]

* Berfikir taraf tinggi itu, Ialah berfikir yang dipimpin oleh Jiwa, Hasil fikirannya bak mutiara.

* Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, Dengan syarat kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

* Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya, Ahli ilmu dengan ilmu, orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.

* Ilmu adalah panduan, harta adalah alat, Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran. Bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali
dari tujuan kesombongan dan kebanggaan.

* Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, Ertinya ilmu dan amal itu tiada nilainya di sisi Allah dan manusia.

* Ilmu yang memberi manfaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia, Ia sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan,
Tetapi sangat sukar untuk kita nampak akan adanya.

* Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya, Membawa ilmu menyenangkan jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya, Jikalau diberikan
kepada orang ia akan bertambah,Tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.

* Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk, Begitulah orang yang
berilmu apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.

* Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.

* Biar sedikit cakap, banyak amalan, Biar sedikit berbincang tetapi membuahkan kesepakatan,Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

* Buah akal ialah ilmu pengetahuan, Buah jiwa atau hati ialah iman, Buah Fizikal ialah kemajuan, Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga ini melahirkan buah di dalam kehidupan.

* Alim lisan, pandai bercakap, tidak berbakti, Alim hati, kurang bercakap, banyak berbakti, Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.


Tangan pincang yang mengulang kembali ke laman ini: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top