ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Ta'samua berlaku saperti yang kita... [Mari Menjelajah Fikir Jaoh Ke-Dalam]

foto ehsan 'Pokcik Gugel'

Ta'samua berlaku saperti yang kita suka
Ta'samua berlaku saperti yang kita jangka
Taqdir Tuhan bukan bala buat kita samua
Kadang bala sa-benarnya rahmat yang kita ta'sangka
Kerja Tuhan usah di-pertikai ke-sudahannya
Khuatir pabila diri berchakap lebeh
sa-saorang itu ta'bisa kembali ke pangkal jalan
meraba dirinya, mendudoki dunia penoh sombong
tanpa redha Tuhan; bala di-temukan
sa-hinggalah dirinya di-kafankan
keras tuboh bak patung ta'bernyawa
tinggal menanti azab pertama di-kubor
sebelom di-bangkitkan se-kalian kita
di-kumpulkan di Padang Mahsyar
... saling ta'kenal saorang pun di-sana
hatta ibu bapa, adek beradek kita jua!
Ta'mampu untok ku-katakan dengan kata-kata
apatah lagi mahu menarek perhatian orang
agar kembali takut kepada Tuhan
... biarlah; biarlah aku kembali
kembali membaiki diri
sebelom diri ku ini di-jemput pergi
berjumpa Rabb Agung yang Maha Tinggi
kita samua bisa ka-temu nanti
tidak di-dunia; di 'akhirat itu sudah pasti ketemu kembali!

Oleh: Ampuan Awang
++ Wah, menarek sunggoh pabila gaya bahasa ini di-kembalikan semula, saperti kembali ke-zaman silam. Ta'kenal maka ta'chinta. Inilah dia namanya bahasa bangsa. "... Yang jaoh mari kita dekatkan; yang dekat kita rapat sa-rasikan. Jatuhnya bunga bangsa bakal di-kenang sa-panjang hayat; ta'kan di-lupa hingga akhirnya."
Tangan si hudoh menulis: Ampuan Awang

Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series!

7 comments :

miss lolly a.k.a luvfareda said...

banyak gak beza pkataan dulu ngan skng.

kubor--kubur

Ampuan Awang said...

lolly,

memang banyak beza tapi ayatnya menarek hati; jatoh chinta aku dibuat-nya. oh bahasa...

princeduyong said...

klasik sunggoh awang...

Ampuan Awang said...

entahlah, duyong. mungkin kerana aku menchintai bahasa dulu2 agak-nya

khalidahmacambaguss~O_o said...

suka dgn bahasa dan gaya yang cuba dilontarkan...

suka dgn apa isi pemikiran...sangat mendalam...wahh...jiwa puitis...

suka sangat...;)

shazika said...

puitis..
^____^

jgn segan ke laman sy yek
Melancong di negeri sendiri-Terengganu

Ampuan Awang said...

shazika,


terima kasih atas komen anda, sangat dihargai. kunjungan balas sudahpun dibuat sebentar tadi

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top