ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Tanah Kudus Ini...

foto ehsan 'Pokcik Gugel'

Tanah kudus ini,
Semakin kekurangan inci
Hilang seinci demi seinci
Hajat diri meminta tuan
Namun tuan sudah nazak
Gawat diri menanti hukum,
si penguasa zalim di tali gantung!

Tanah kudus ini,
menanti tuannya hadir kembali
namun malang sekali
Tuan nan adil telahpun mati
Berganti yang hak; batil pula duduk menganti
Digantung tuan kerana bangsanya
tuan mati kerana budayanya
tuan mati kerana bahasanya
Dan yang terpaling ngeri sekali,
... Tuan mati dibunuh kerana agamanya!


Hasil nukil diri editan semula: Ampuan Awang

4 comments :

abuyon said...

assalamualaikum wm wbt ya sahabat,

Dan sungguhlah tanah ini pun
bukan kita yang punya!

Tanah ini dan seluruh
isi dunia adalah
Dia yang punya!

Ampuan Awang said...

wa'alaikumussalam, sobat...

Sememangnya bukan kita punya
Namun kita yang duduk atasnya
sementara kita berada di dunia

Tuhan memelihara kita
Tuhan tiada tanding taranya
Tuhan lah Yang Maha Semaha-mahanya

Langit bumi berlapis datar meninggi
Setinggi kuasa Tuhan yang kita ketahui
Ya, ini tanah-Nya; kita maklum walaupun ramai yang lupa tentangnya!

tehr said...

manusia berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah juga

Ampuan Awang said...

tehr,

disebabkan kita berasal dari tanahlah kita perlu menjaga tanah yang kita duduki ini... sebaik saja kita pergi, apa lagi yang tinggal? anak cucu, anak bangsa kita mahu ke mana? bumi ini luas, semua manusia bisa keluar mencari rezeki tapi tentang tanah, kita tidak boleh dipandang enteng akan keberatan isunya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top