ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Rogol: Cecara Mengatasi Sikap Rakus Dan Jalang Si Jantan Kabaret!

Mana lebih membahagiakan kita? Keluarga atau harta yang ada?

(Sayangilah keluarga kalian terlebih dahulu. Duit berjuta pun takkan dapat mengganti semula maruah yang hancur ditebuk tupai!)

Marilah kita intai semula cecara mengatasi ancaman rogol yang berleluasa dewasa ini:

  • Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada rogol dengan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
  •  Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
Jangan mudah terpengaruh dengan ajakan teman-teman

Bagaimanalah agaknya perasaan kita sekiranya berada di tempat mereka (mangsa rogol)? Apakah perkara yang pertama-tama kita lakukan seandainya hari malang itu berlaku? Apakah kita akan terus menyalahkan mangsa, atas alasan pakaiannya yang menjolok biji mata perogol? Atau kita akan bersuara dengan nada yang berlebihan di hadapan mangsa (kononnya cuba memberi nasihat), lalu berkata kepadanya,

"... sabarlah, semua ini pasti ada hikmahnya."

Rasa-rasanya si mangsa dengarkah apa yang kita perkatakan? Mungkin ini jawapan yang bakal dilempar ke muka kalian:

"... Engkau semua cakap senanglah sebab menanggungnya itu aku. Sabar? Cuba duduk dulu tempat aku kalau engkau orang dapat menahan sabar dengan apa yang berlaku ke atas diriku."

Benar! Aku setuju dengan ayat yang si mangsa guna pakai.  Masakan ada orang yang mampu menahan perasaan sedih apabila diri yang dulunya suci kini sudah tiada lagi? Perasaan itu ada dalam diri sesiapa pun yang bergelar manusia; hatta sekalian jin pun ada sama. Eh, jin pun termasukkah? Ya, jin pun termasuk sama kerana mereka memiliki nafsu sama dengan kita. Apakata kita buka pula perihal orang kaya yang jatuh miskin kerana hartanya habis dimakan amanah yang dipecahkan oleh saudaranya. Dapatkah si kaya menahan amarah yang bercampur sedih di dalam dadanya? Pasti akan ada rasa terkejut apabila berdepan dengan situasi yang dia langsung tak sangka akan berlaku ke atas dirinya, lalu ada di antara si kaya jatuh terjelapok, mati akibat serangan jantung yang datang tiba-tiba. Apakah dia (si kaya) mampu menahannya? Tidak! Takkan dapat dia ubah ketentuan itu tanpa izin dari Tuhan.

Bagaimana pula sekiranya perkara itu berlaku kepada orang miskin? Tak banyak beza dari si kaya tadi. Mereka juga akan terkejut pabila diperlakukan sedemikian rupa (kalau jumpa duit banyak, lagilah dia terkejut beruk tika melihatnya). Apa yang berbeza di sini hanya dari sudut pandangan orang (kita) sahaja. Dah namanya orang miskin, siapalah yang mahu ambil peduli (tunggu bulan puasa baru terkejar-kejar mencari fakir untuk disuapkan nasi ke mulutnya.). Aku malas mahu mengambil contoh yang jauh dari tempat lain kerana contoh yang baik ada di tempat sendiri. Kisah rogol yang hari kita dengar berlaku dan asyik menyempitkan ruang di dada akhbar hanya menampilkan mereka (mangsa) yang waras saja; yang kurang waras bagaimana? Paling kuat aku perhatikan hanya OKU diperlakukan sedemikian rupa. Tapi di sini (sabah), aku langsung tak terkejut kalau melihat seorang makcik yang sinting akalnya berjalan dengan perut memboyot di pekan tut... tut... tut (tak perlulah aku jelaskan di mana).

Di manakah letaknya akal fikiran sehingga sanggup merogol insan yang kurang kewarasan akalnya? Bukankah ini menindas namanya? Kalau dah berani membuntingkan perut insan yang sinting; yang waras apatah lagi! Ingin aku bertanya, apakah hukuman yang lebih layak dijatuhkan buat si perogol (yang gila nafsunya)? Hukuman rotan sudah, penjara berpuluh tahun pun sudah (berkali-kali keluar masuk penjara pun ada kecuali kalau dia dipenjara 100 tahun!). Bagaimana kalau kita minta kerajaan memperuntukkan satu hukuman yang lebih ganas contohnya hukum sula dari lubang dubur? Atau kita pasungkan dia sambil kita merejamnya dengan batu? Atau kita sediakan seorang doktor bagi menyelesaikan masalah si perogol dengan memotong kemaluannya di khalayak (termasuk siaran langsung di dalam televisyen). Sekiranya hukuman ini diluluskan, apakah akan berhenti jenayah yang boleh kita kategorikan sebagai penyakit moral ini dari berlaku? Tidak, pelakuan ini takkan menakutkan mereka jua! (sambunglah sendiri ceritaku ini. aku dah hilang selera menyambungnya.)


++ Sebagai persediaan, ada baiknya sekalian hawa mempelajari seni beladiri bagi menepis serangan nekad si perogol gila (sekadar nasihatku semata-mata).

Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series! (err, pc pejabat juga...)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top