ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Program Ikhwan: Menolong Atau Merosak?

Sila klik foto bagi meluaskan lagi pandangan kalian

++ Dunia nampaknya sudah senja riwayatnya [nak kiamat]. Segala bukti-bukti dan janji Tuhan di dalam al-Quran benar-benar berlaku kini. Kita nak berlari ke mana agaknya? Sedangkan kita maklum bahawa tidak ada tempat persembunyian yang selamat untuk kita bersembunyi; berlari dari ketentuan Tuhan (padahal ada juga yang cuba-cuba buat begitu). Pendekkan cerita. Setiap kali aku pergi ke masjid... [nama masjid tak perlu dinyatakan]. Acapkali aku menemukan lampiran kertas 'Program Ikhwan' dan akulah orang yang mengambil lampiran ini lalu aku bakar di belakang pejabat tempat aku bekerja [aduh, skemanya].

Mengapa aku bakar kertas ini? Terus terang aku tidak berminat langsung menjadi kaya dengan cara melacurkan ayat-ayat yang Tuhan sebutkan dalam Quran. Antaranya:

"Hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan."

Tindakan melacurkan ini berlaku bukan ke atas ayat Quran sahaja, malah hadis Baginda Nabi SAW pun turut dilacurkan jua. Antara yang terkenal:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya."

Kepada mereka yang sudah terlanjur melakukan perkara yang melacurkan ini, kembalilah ke pangkal jalan. Kembalilah selagi nyawa masih ada; semoga kita sempat kembali kepada Tuhan dalam keadaan yang baik sebaik-baiknya. Kembalilah ke pangkuan Tuhan; bukan kembali ke pangkuan syaitan! Sekian.

Wassalam [...]

#A.A

3 comments :

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Ini memang berlaku secara berleluasa sekarang. Malah yang berkelulusan bidang agama pun bertindak tidak selari dengan ilmu mereka.
Allah sudah menyatakan segalanya ... dan kita wajip membuat pilihan terbaik sesuai dgn seruan Wahyu. Jika teguh & kukuh iman kita, segala gula2 & umpanan tidak akan termakan. Ya, asal kita tidak terjerumus & hanyut bersama mereka!
Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang - jika jelas nawaitu kita, tak ada apa yg perlu dibimbangkan. Sambil itu kita juga cuba berdakwah secara baik & sihat semoga ramai akan insaf!

Emy Cargoes said...

Fahami betul2 program tul.jgan la ni xpaham pastu nak menghukum..berfikir guna
Akal...jangan guna kepale lutut

Ampuan Awang said...

Cik Emy,

Ini bukan soal hukuman, tetapi soal penipuan. Sahabat saya sendiri akui berlaku penipuan kerana beliau sendiri telah terjerumus sama. Nasib beliau barangkali baik sedikit, mungkin kerana modal yang dilaburkan hanya sedikit, maka risiko yang didapat berkuranglah. Namun kesan penipuan masih juga dapat dirasakan.

Cik Emy,

Jika benar cik seorang yang 'berfikir guna akal', pasti cara cik bercakap tidak seperti ini di laman saya.

Wassalam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top