ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Peristiwa Perambat Jin Di Dalam Badan Tok Sami


Tiba-tiba aku teringat satu peristiwa di mana seorang Tok Sami Batu Caves datang berjumpa kami di klinik kami dulu. Dia datang nak berubat. Katanya dia disihir, bukan setakat dia, isteri dan anaknya pun terkena sama. Siapa agaknya yang sihirkan Tok Sami ini? Aduh! Sihir ni datang dari sesuku sakat mereka jugak rupanya. Entah mengapa hatinya tergerak datang untuk berubat. Dipendekkan cerita, sihir yang dihantar berjaya juga dikeluarkan.

Terasa seolah ruang pejabat kami penuh dengan wap (haba panas macam kat atas jalan raya). Tiga beranak tu mengelupur sepanjang rawatan dilakukan, nampak macam cacing kepanasan. Setelah proses terakhir, Tok Sami tu hendak bertempik tapi tak berjaya dikeluarkan, tersekat suara dikerongkongannya. Itulah petanda akhir sebelum proses pengubatan tamat. Ternyata dia penat, matanya pun dah kuyu. Mungkin dia mengantuk agaknya. Kami membenarkan dia sekeluarga balik dan memintanya datang untuk berjumpa kami selang beberapa minggu depannya.

Tok sami datang juga ke klinik pada masa yang ditetapkan. Dengan nada gembira dia mengucapkan terima kasih atas kesudian kami mengubat penyakit batin yang dialaminya sekeluarga. Sebatang rokok dihulurkan. Inilah sebenarnya yang membuatkan aku tetiba teringatkan kesnya; kerana ROKOK dan TOK SAMI. Alhamdulillah, proses pengubatan berjalan lancar walaupun terdapat sedikit masalah semasa tiga beranak ini mengelupur di atas lantai klinik kami. Biarlah, yang penting mereka berjaya dipulihkan. Syukur pada Allah. Sesama kita ni seharusnya tolong menolong walaupun berlainan agama...


++ Seperti biasa, proses ulang tayang kembali ke laman ini. Aku tertarik untuk 'Ping' di GB, sebentar lagilah. Berkenaan dengan sihir, orang bukan Islam pun tidak terlepas dari terkena kerananya. Oh, dunia, orang tiada takut dosa; seolah rela dihumban ke dalam neraka!

Oleh: Ampuan Awang

2 comments :

cemomoi said...

kejahatan jin dan syaitan tak terbatas pada orang islam sebab mereka berjanji menyesatkan manusia apatah lagi orang islam dan yang beriman

Ampuan Awang said...

... begitulah ceritanya. tapi alhamdulillah, mereka sembuh jua atas izin Allah. adapun tok sami itu datang dari kuil batu caves, tahun 2001. ah, cerita lama...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top