ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Pembunuhan Demi Pembunuhan Berlaku Di Akhir Zaman

Maka benarlah sebagaimana sabda Baginda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya yang bersumber dari Abu Hurairah r.a:

"Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan. Lalu sahabat bertanya: Apa yang dimaksudkan dengan 'Harj' [kekacauan] itu, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan."

Sudah terbukti bahawa pembunuhan demi pembunuhan sedang berlangsung sekarang. Ia berlaku di Palestin, Iraq dan di mana-mana jua. Bagaimana pula dengan negara kita? Negara kita tidak terlepas dari kejadian bunuh membunuh ini, hampir setiap hari kita dengar, lihat dan baca di dada akhbar tempatan. Rakyat Malaysia menggemari satu hobi pelik [tak pelik sebenarnya] iaitu hobi membuang bayi sendiri. Dahulu, di zaman Baginda Nabi SAW, orang Arab jahiliah mengamalkan pembunuhan bayi perempuan sahaja. Tapi kini? Bayi yang belum dikenal pasti jantinanya sudah dibuang di dalam lubang tandas, tong sampah dan sebagainya. Hebat sekali hobi ini, seperti sudah mengalahkan tabiat jahiliah pada zaman Nabi [lebih teruk dari itu].

Sekian.
Assalamualaikum [...]

Si tangan pincang menulis: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top