ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Murtad: Isu Hangat Yang Takkan Pernah Selesai Ceritanya

++ Isu 'Murtad' takkan pernah selesai sampai bila-bila [kiamat sampai tamat jualah ia]. Ramai di antara kita asyik benar bercerita tentang isu yang sudah basi ini [sebenarnya tidak sekali-kali basi!]. 'Murtad' sudah menjadi kebiasaan dan ia dilakukan secara terang-terangan dewasa ini [ia bermula selepas kewafatan Baginda Nabi SAW] dan aku khuatir ia merebak, menambah sakit kepada umat Islam di muka bumi. Akan tetapi, kekhuatiranku lebih pejal tertumpu pada ke'murtad'an di luar sadar [berlaku tanpa sedar]. Mari kita renungkan sabda Baginda Nabi:

Tidak akan terjadi kiamat, sebelum beberapa kabilah dari umatku mengikuti orang-orang musyrik, dan sampai mereka juga menyembah berhala.  Hadith riwayat Tirmidzi


Benar sekali sabda Nabi itu apabila ia menjadi realiti selepas tersebarnya berita kewafatan Baginda Nabi SAW, maka ramailah suku-suku yang duduk mendiam di jazirah Arab bertukar pegangan agama; mereka 'Murtad' dari Islam. Tidak cukup dengan itu, lahir lagi para nabi palsu di tengah-tengah golongan yang lemah pegangan aqidahnya. Mereka yang 'Murtad' terus mengiyakan kehadiran nabi palsu tanpa sebarang bangkangan dan akhirnya pengaruh mereka semakin besar dari kalangan orang-orang Arab.

Lalu apa terjadi?

Mereka [para murtadin] diperangi oleh khalifah Abu Bakar sehingga berjaya melenyapkan bintang-bintang yang murtad dari kalangan orang-orang Arab dan menyuburkan kefahaman terhadap Islam itu kembali pada landasannya. Akan tetapi, yang memusykilkan aku, mengapa masih ada dikalangan orang kita yang kadang-kadang tanpa sedar mempertikai akan dalil hadith ini:

Sesiapa yang menukar agamanya [murtad], maka hendaklah ianya dibunuh. Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud

Dalil di atas merupakan dalil yang sahih; mengapa pula kalian pertikaikan? Lalu mengaitkan bahawa agama Islam terlalu keras untuk manusia dan sukar melarikan diri [keluar] dari agama ini?

++ Dalam diam aku sengaja menggaru kepala yang tak gatal; pasti ada yang terluka kerananya. Tuhan pasti tahu mengapa aku berkata begitu. Sekian.

Wassalam [...]

2 comments :

cemomoi said...

kerajaan lebih tepat jabatan agama tak brani mendedahkan tapi bila orang awam dedahkan kepincangan ni, mereka menyalahkan dan mencabar supaya membuktikan... lemahnya minda mereka bukan nak bertindak sebaliknya sibuk menyalak kepada individu yang prihatin

Ampuan Awang said...

entahlah, susah nak cakap sebab jabatan agama posisinya hanya sebagai penasihat. dan sebagai penasihat, bukan semua nasihatnya akan diterima pakai oleh orang lain. lainlah kalau ia jadi badan seperti polis; barulah ada perubahan sedkit [?]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top