ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Mengenang Jasamu Ayahanda...



Duhai ayahanda,
Mengenang kembali akan jasamu
Cuba kucoretkan pada aksara
Kunyatakan terus cetusan minda
yang datang dari ilham muda anakmu
yang datang dari benih suci
Bersusur galur dari warisan pemula Nabi
Baginda Adam Alaihissalam.

Duhai ayahanda,
Apakah akan pupus rasa kasih
yang ada padamu buat anakmu?
Pasti akan dijawabnya,

"Tidak, anak ku. Biar kebulur, takkan ayah biarkan
anak-anak ayah lapar perut menantikan makanan.
Biarkan ayah saja yang kebulur, demi kamu. Demi kamu,
anak ku sayang"

Duhai ayahanda,
Apakah ada pilih kasih pada kasih buat anakmu?
Pasti akan dijawabnya,

"Duhai anak ku. Pernahkah tubuh anak-anak ayah
berjalan tanpa baju; telanjang berlarian di jalanan?
Andai kiranya ada, cuba lihat. Mana satu anak ayah
yang hidup ayah sisihkan makan pakainya? Tanya ibumu
Pasti dirimu akan tahu, betapa aku menyayangi kamu."

Duhai ayahanda,
cukuplah... Aku mengerti keseluruhan hujahmu
namun apa yang menyedihkan anakmu ini
Dunia baru bagi gelar ayahanda sudah dicemar
perkahwinan sekadar menutup prasangka
sedang di dalam dada penuh gejolak jiwa
yang kerap berantakan semahu mereka.
Terbiar, terbuang anak-anak di dalam longkang
angkara perilaku ayah yang tak ubah laksana seekor binatang
Sementara ibunya bukan ibu yang kisah dan kasihkan anaknya
Zuriat mereka sendiri, rela hati diceraikan
dipaksa-paksa akan kematian
... lihat saja kuburan pertama si anak

"Di dalam longkang, mangkuk tandas, di dalam beg plastik makanan,
di bawah tangga pangsapuri, hatta di surau mahupun masjid!"

Duhai ayahanda,
Betapa peritnya hidupmu
kukenangkan hari-hari
Bukan setakat hari ini;
Tapi sehingga dirimu tiada lagi
Subur mekar kasihmu; dibalas syurga
di sana nanti.

Wahai Tuhan, ini juga doaku
Tulus datang dari sudut hatiku
Engkau Maha Tahu
berbanding manusia ciptaan-Mu!


Si pincang tangan menulis: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top