ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

"Mari robohkan Kg Baru!" : Melayu Glokal retorik palsu?

Pastikan Hasrat Melayu Glokal Tercapai

Oleh ARIF ATAN
(Utusan Malaysia, 4 Jun 2010)

Batu Road pada tahun 1883, tidak jauh daripada Kampung Baru, Kuala Lumpur.


    PERDANA Menteri dalam bukunya Menakhoda Zaman (2009:44-47) menekankan hal menjana Melayu glokal iaitu Melayu yang berakar nasional serta dalam masa yang sama berakal internasional.

Persoalannya, kenapa harapan Perdana Menteri itu tidak diterjemahkan dalam kita menangani perkara penting hidup mati masa depan bangsa Melayu seperti pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) serta pembangunan Kampung Baru yang berusia 110 tahun itu?

Sehubungan itu, sebanyak 31 resolusi penambahbaikan MBE yang telah disepakati dalam Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada 29 Mei lalu perlu diterjemah segera dalam bentuk tindakan yang sewajarnya.

Selain itu, keputusan mahu menyerahkan 40 peratus hartanah di Kampung Baru kepada bukan Melayu dan pelabur asing perlu diteliti semula. Tentulah janggal apabila langkah itu dilakukan sedangkan pembangunan kawasan yang dominan dengan kaum lain tidak pula ada kuota sebanyak itu untuk orang Melayu!

Langkah tersebut bukanlah situasi yang ‘menang-menang’ sifatnya jika kita merujuk kepada sekian banyak pengalaman lain terhadap pembangunan kampung-kampung tradisional Melayu di sekitar Lembah Klang dan seluruh negara.

Lihatlah apa yang berlaku kepada kawasan Kampung Abdullah Hukum di Jalan Bangsar dan Kampung Kerinchi berdekatan Universiti Malaya. Citra budaya Melayu semakin ditelan dan diganti dengan segala macam hutan batu dan konkrit yang berkiblatkan Barat.

Nama Bangsar South dan kompleks beli-belah Sphere di Kampung Kerinchi misalnya yang kononnya ‘berakal internasional’ telah menghapuskan identiti dan hak kawasan yang ‘berakar nasional’.

Adakah keadaan itu selari dengan semangat Melayu glokal seperti yang pernah dicanangkan oleh Perdana Menteri? Kita tidak mahu pembangunan yang diuar-uarkan hanya lebih memenuhkan kantung pelabur tetapi mengosongkan kantung ekonomi, budaya, nilai dan jati diri generasi muda bangsa Melayu.

Apakah yang orang Melayu dapat dengan segala bentuk kondominium mewah dan pusat beli-belah bernama asing di kawasan tersebut, sedangkan sebelum itu, penduduk Melayu mendominasi kawasan tersebut tetapi kemudian dipaksa tinggal bersesak-sesak dalam blok-blok rumah pangsapuri kos rendah sahaja?

Oleh itu, hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan perlu dimantapkan, bukannya dikurangkan atas nama pembangunan. Jika ada yang berang melihat restoran Do Re Mi di Pulau Pinang dirobohkan, sepatutnya kita juga harus menghalang tindakan mahu meroboh Kampung Baru untuk pembangunan yang tidak menjamin masa depan orang Melayu.

Begitu juga, jika mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini melabelkan usahawan automatif Bumiputera yang menjual permit import (AP) sebagai pengkhianat maka itulah juga panggilan yang tepat kepada pihak yang beria-ia hendak ‘menggadaikan’ tanah di Kampung Baru serta hartanah Melayu lain di seluruh negara.

Jelasnya, MBE mesti mempunyai roh memperkasa bangsa Melayu dan bumiputera manakala pembangunan tanah-tanah milik Melayu harus dilaksanakan dengan jujur tanpa merugikan bangsa. Ini penting bagi memastikan hasrat Melayu yang berakar nasional, berakal internasional tercapai melalui pencapaian ekonomi yang tinggi serta pengukuhan jati diri dan budaya masyarakat bangsa Melayu yang kuat berdepan dengan cabaran.

Jika mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini melabelkan usahawan automatif Bumiputera yang menjual permit import (AP) sebagai pengkhianat maka itulah juga panggilan yang tepat kepada pihak yang beria-ia hendak ‘menggadaikan’ tanah di Kampung Baru serta hartanah Melayu lain di seluruh negara.

++ Saudara Arif Atan merupakan salah seorang sahabat di alam mayapada, walaupun kami berdua belum pernah sekali pun bertemu tapi dari cara kami meluah hampir sama, mungkin hanya satu yang berbeza, karangannya sering terbit di dalam akhbar terutama sekali akhbar Utusan Malaysia [Utusan Melayu yang sebenarnya]. Aku cukup berminat dengan artikel ini. Mengapa? Kerana di sinilah kita dapat menilai sejauhmana kebersatuan bangsa Melayu dalam memperjuangkan hak mereka atau bangsa Melayu akan terus berpecah [ada yang berkata tidak berpecah] atau mereka akan terus teguh dengan niat hendak menjual tanah yang sekangkang di sana [Kampung Baru] hanya kerana imbuhan wang semata-mata. Ya, aku tahu hidup ini memerlukan wang tapi wang tetap bukan segalanya. Lagipun bukan soal keperluan terhadap wang tapi ia berkait dengan pusaka datuk, nenek dan moyang dahulu [Warga Kampung harus memikirkannya beribu kali]. Apakah dengan menjual sekeping tanah di sana bakal menjadikan kita [Warga Kampung Baru] kaya-raya? Apakah hanya dengan menerima tawaran itu kita terus hilang arah [Jangan khuatir dengan desakan, biarkan saja]?

Pendapat aku yang kolot hanya satu [secara ringkas sahaja]. Biarkan Kampung Baru meneruskan saja penempatan mereka di situ. Semoga kerajaan menggazetkan Kampung Baru sebagai kampung budaya [Warisan]. Jadikan kampung berkenaan sama seperti Kampung Morten di Melaka dan Kampung Budaya di Kuching, Sarawak. Berikan dana khas untuk tujuan itu, insya Allah pasti akan berjaya jua akhirnya. Tapi, andai terus berfikiran tidak waras [sesama sendiri pun nak bertarik rambut], memang payahlah kita nak majukan ke hadapan [jangan khuatir sangat dengan kata-kata orang]. Dan satu lagi [aduh, tadi kata satu saja], tidak perlulah membuka ruang kepada orang lain yang tak berhak beranak-pinak secara mutlak di situ. Jikalau sekali ruang itu dibuka, aku khuatir, akan ada tanah yang tergadai di sana [Di masa hadapan]. Itu saja. Ini sekadar suara kecil aku sahaja, bukan suara besar pada tangan mereka. Sekian, yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu pasti datang dari diri aku yang hina ini.

Wassalam [...]


Disampaikan kembali ke laman ini oleh: Ampuan Awang

5 comments :

cemomoi said...

masih mencari di sebalik cinatown dan liltle india mana pulak pura melayu

Ampuan Awang said...

itulah masalahnya. sekiranya ada di antara dua kawasan itu diberikan sedikit ruang untuk Melayu, rasanya mereka [kedua bangsa itu] mahu menerimanya? jawapan aku pastilah 'TIDAK'. mereka sekali2 tidak akan memberikannya walau sedikitpun!

hans said...

yups
aku sokong entry nih
kalau kerajaan teruskan juga
melayu lebih terasing
dan kerajaan la pengkhianat bangsa melayu kalau 40% tanah disitu dapat dkt bukan melayu

P/S : Jom Join Contest Dan Menang Barang Kemas Dari Sabah http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/jom-join-harvest-festival-2010pesta.html

Ampuan Awang said...

@hans
err, aku orang sabah pun ekau tawar jugak ke masuk tanding ni, hans? biar betul ;)

terima kasih atas komen membina. satukan kembali hati2 Melayu yang hampir layu

Anak Bumi said...

apa ni awang? kalau nak robohkan kg baru, aku nak meniaga kat mana? tak kan nak bertapa ke gua kot?? :O


hehe.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top