ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Majlis Baca Puisi Bulanan Di Waterfront, Kuching Dalam Ingatan

video


** Sedutan terakhir 'Tenuto' pada Majlis Baca Puisi Bulanan, November 2009 di Kuching Waterfront. Pada malam itu, aku membacakan 'Sajak Pertemuan Mahasiswa' hasil karya arwah WS Rendra. Sebenarnya bukan ini tajuk yang ingin aku baca tapi entah mengapa tiba-tiba di saat akhir aku tergamak menukarnya [mungkin sebab situasi agaknya]. Apapun acara pada malam itu cukup meriah [bagi aku]. Tak sangka pula selepas itu aku bertemu dengan Micheal Jackson. Eh bukan yang ori lah, tapi seorang budak yang bertari aksi tak salah seperti gemulah Micheal Jackson [kira ok juga, agak santai gayanya]. Apa pun sajak yang Rendra yang aku bacakan malam ini tetap menjadi kenangan seumur hidup. Bukan senang hendak menarik perhatian orang yang menonton majlis tersebut, ditambah lagi kala aku melaung 'Kebon belakang' bersama jari telunjuk mengarah tepat ke belakang; ke dewan undangan negeri Sarawak menarik perhatian pak Polisi. Ah, biarlah. Tiada masalah rasanya pun... Tahniah aku ucapkan buat para solidaritas sastrawan negeri Sarawak kerana sudi menjemput aku bagi memeriahkan majlis. Terima kasih...


Tangan yang ingin mengembalikan data dari blog lama ke sini: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top