ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kita Orang Mencari [Bersama Puisi Chairil Anwar Dan Lirik Lagu Zubir Ali]

(Dalam riang duka aku ketawa; subur tawaku gemanya bertautan di mana-mana; mencari kaya? Ya, aku mencarinya jua; namun bukan ini jalannya)

[Pemberitahuan]
** foto di atas langsung tak berkaitan tapi ia tetap berfungsi jua sebagai peluru tanpa mata!


Kita Orang Mencari [Ampuan Awang]

"Kita ini orang mencari
Dalam resah yang menghiris tubuh
Dalam cedera cuba bangkit tanpa menyerah
Apatah lagi untuk kalah pabila tubuh dilanda musibah
Seiring jalan melangkah bersama-sama mereka di dunia
Yang pergi tetap akan pergi;
Yang hidup cuba menggagahkan diri
Belajar untuk pasrah atas ketentuan ilahi
kerana Dia, kita wujud di dunia ini
kerana Dia, sekalian kita juga bakal pergi"

Renungkan dua karya dari genre yang berbeza (karya asal dan adaptasi), semoga ia berjaya membuntingkan buah fikiran yang semakin mengusut di dalam kepala:

Doa [Chairil Anwar]

Tuhanku
Dalam termangu
Aku masih menyebut namamu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

Cahayamu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhanku
aku hilang bentuk
remuk

Tuhanku
aku mengembara di negeri asing

Tuhanku
di pintuMu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

~Chairil Anwar
13 November 1943


Doa [Zubir Ali]

Tuhanku
Dalam termangu
Ku sebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

5 comments :

Ampuan Awang said...

... mari kita sama-sama hadiahkan al-fatihah buat kedua arwah :10

tehr said...

mungkin zubir buat perubahan untuk sesuaikan dengan lagu yang diciptanya

Ampuan Awang said...

Ya, benar. ia pasti tuk sesuaikan irama dan juga lagunya :)

Slave of Almighty said...

Mendalam maknanya.. Nice ^^

Ampuan Awang said...

alhamdulillah, ini yang termampu untuk diluahkan ;]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top