ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kias Rumi: Berkias Tentang Perbezaan Binaan Rumah Manusia Dan Sang Lelabah

Berkias Rumi : "Manusia tahu (bila masanya) rumah dibina; sedang lelabah yang asyik berleka-leka di dalamnya tidak (tahu hal ini)." [Masnawi, B2:2320].


Darjat Fikir Manusia [lebih tinggi dari lelabah]

Wahai Tuhan,
Diri-Mu telah membuktikan
bahawa kami ini ciptaan terulung-Mu
Engkau angkat darjat kami
sehingga semua malaikat-Mu
mengucapkan selawat salam
buat junjungan terakhir kami
... Baginda Nabi Muhammad SAW
Tiada terlepas dari ucapan itu
turut diluahkan buat bapa kami
... Nabi Allah Adam AS

Bukankah ini satu petanda
bahawa kami ini datang
dibekalkan fikir akal yang bijaksana?
Lebih bijak akal dari sang lelabah
yang leka membuat sarangnya
namun ia tiada tahu langsung sedar
sama ada rumahnya itu
telah siap ataupun tidak!
Cuma satu sahaja,
fikir manusia kadang lari
kadang jauh kesasar fitrah insani
Ternyata jelas fikir ini perlukan kemudi
Jika tiada, hancur binasalah akan dunia ini...

Ampuan Awang



Teks Rumi terjemahan: Pak Darma [Darma Mohammad]
Diulang kembali atas dasar ilmu oleh: Ampuan Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top