ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kias Rumi: Berkias Tentang Harta Kekayaan Sebagai Ranting; Bukan Sebagai Akar



Berkias Rumi : "Mencari harta kekayaan untuk keuntungan (keduniaan) dan kerugian datang selepasnya : anggaplah semua itu sebagai ranting (bukan sebagai akar)." [Masnawi, B2:2222]


Kekayaan Manusia Bukan Mutlak

Khabarkan pada dunia
bahawa kita bukan waris mutlak
kepada segala harta yang kita ada
Juga khabarkan buat diri
Agar qalbu ini tiadakan merungut
sehingga hilang rasa percaya
... kepada Tuhan Penguasa Alam Semesta
Alam maya pada nan indah ini
hanya didiami kita sementara
Peringatan pernah Tuhan beri pada Qorun
Sekiranya Qorun pun tenggelam
... bersama hartanya bak lautan
Inikan lagi kita?
Pernahkah kita bersyukur
dengan nikmat yang ada?
Apakah kita ini sama derhaka
seperti Qorun si pendamba harta!
Oleh: Ampuan Awang


Terjemahan teks Rumi asal oleh: Pak Darma [Darma Mohammad]
Dibawakan istimewa ke laman ini atas dasar ilmu oleh: Ampuan  Awang

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top