ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Kemunculan Dajjal al- Masih Di Persada Dunia Bersama Sekutu Kuatnya!

Dajal adalah pemimpin agung Yahudi yang dijanjikan akan memunculkan dirinya di akhir zaman. Sungguh, Dajjal memang berusia panjang. Jangka usia makhluk Allah ini ditangguhkan sehinggalah satu saat yang ditentukan oleh-Nya. Waima pun Dajjal duduk jauh dari tempat persembunyian [Rata-rata manusia tahu tempatnya, namun tiada mampu pergi ke sana], Dajjal sedang sibuk merangka rancangan yang maha hebat sebelum kedatangan Nabi Isa al-Masih dan al-Mahdi yang menjadi penamat segala kisah yang kita maklum ada tercatat di dalam kitab suci al-Quran. Sila rujuk kembali akan kitab-kitab yang menerangkan berkenaan dengan biodata Dajjal yang bersumberkan dalil al-Quran dan al-Hadith.


Watak Dajjal adalah watak yang wajib ada di akhir zaman. Rencana jahat Dajjal dilakukan dalam situasi yang terancang dan salah satu dari kehebatannya, Dajjal bagaikan dipertuhankan oleh manusia yang sempit akalnya. Hatta orang mukmin yang memiliki iman yang terkuat pun disaran agak tidak mendampinginya. Mengapa? Kerana pengaruh Dajjal terlalu kuat dan sekalian manusia tidak mampu menahan kemaraan para pengikutnya yang datang dari kalangan kaum wanita, bahkan orang munafik termasuk golongan fasik yang datang dari pelusuk Madinah bergabung tenaga bersama Dajjal.


Gelanggang aksi Dajjal telahpun bermula dari dulu lagi. Ideologinya menyusur serta menyusup masuk ke dalam segenap sistem kita termasuklah dalam pentadbiran negara. Apa?! Pentadbiran negara?!! Ya, jaringan kuasa Dajjal wujud bertautan bersama ke-materialisme, ke-ateisme dan gerakan ke-zionisme. Siapa pula pengikutnya? Pengikut setianya datang dari sekalian tokoh-tokoh pemimpin dunia yang secara langsung menebarkan jaringan racun fitnah ke seluruh dunia melalui propaganda palsu yang dibawa oleh sang ketua mereka iaitu Dajjal al-Masih!


Antara sedar ataupun tidak, belenggu Dajjal bakal mencengkam manusia di akhir zaman. Bukankah sekarang kita sedang berhadapan dengan kemaraan bala tenteranya? Ya, benar. Kenyataan ini terbukti akan kebenarannya. Semoga kita [para Muslim sedunia] dipelihara Allah dari fitnahnya Dajjal yang membawa fahaman yang maha songsang sebaik saja dia keluar dari tempat persembunyiannya. Maha Suci Allah, kekuasaan-Nya melebihi kuasa yang ada pada Dajjal yang datang dari hasil ciptaan-Nya jua. Sila ikuti dalil berkenaan dengan si Dajjal busuk yang ada dalam laman ini. Ya Allah, aku sudah menyampaikan sedikit risalah buat saudara seagamaku melalui sidang di laman maya. Sekian saja untuk kali ini, bertemu kita nanti dalam siri Dajjal bersama agenda karut yang dibawanya.


Wassalam [...]


Si tangan pincang mengulang kata: Ampuan Awang


Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series!

2 comments :

DDrfauziah said...

Salam singgah ukhwah dari Kak G. Ceria2kan hari anda. :)

Misi di Maya: Singgah2 memanjangkan silaturrahim dan bertanya kabar bila berkesempatan. :)

Walaupun ada agak jelas & nyata, rakyat hanya ada kuasa dlm 4 -5 tahun sekali saja - pun byk sokong juga!

SELAMAT HARI BAPA

Ampuan Awang said...

Salam kembali, akak G. silaturrahmi yang terjalin melalui laman maya ini takkan putus selagi masih saling berkunjungan.

saya buleh kata singgah selalu juga dalam laman akak terutama kat topik terbaru akak "FISH BALLS AND FISH CAKES", teringin pulak rasanya mintak orang rumah buatkan resepi akak G tu.

akak, kuasa itu memang perlu ada tapi halatujunya kita perlu tahu ke mana larinya, kepada baik ataupun kepada burok ;)

selamat hari bapa? huhuhu, belum lagi saya menimang cahaya mata, kak. rezeki belum lagi diberikan buat saya. nsya Allah mungkin akan datang ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top