ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Jalan Suci Ini...


Jalan suci ini,
terasa payah benar dicari
terasa payah benar digali
lalu dicari kemudi
lalu digali dicari kunci.

Jalan suci ini,
tak pernah putus mati
tak pernah kurang datang uji
lalu dicari punca pada diri
lalu dicari punca pada hati.

Jalan suci ini,
tinggi rendah iman tak terkecuali
turut dirasakan jua oleh para Nabi
lalu dicari ilmu di sana sini
lalu digali ilmu untuk diteladani.

Jalan suci ini,
keluh insan dalam mencari
hakikat ilmu Tuhan, juga duniawi
lalu dicari ilmu nan baik buat diri
lalu dipohon rahmat, belas ilahi

Jalan suci ini,
perlu pengorbanan yang tinggi
setiap langkahan kaki dijagai
lalu dilatih jiwa dan benteng diri
lalu diredah segala ranjau berduri

Ingatlah bahawa jalan suci ini,
bukannya mudah untuk dijalani
rintangan pada kanan dan kiri
bakal menambah pengalaman diri
sebagai peringatan sekalian insani;
betapa payahnya menempatkan diri
di alam sana --- di syurga firdausi

Oleh: Ampuan Awang

Message sent from Nokia 5730XM Hacked Series!

2 comments :

miss lolly a.k.a luvfareda said...

nak menempuh jalan yg suci. so kenalah sucikan hati dulu.

hohohio

Ampuan Awang said...

@miss lolly a.k.a luvfareda
begitulah ceritanya lolly. proses menucikan hati bukannya mudah. ramai yang tenggelam

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top