ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Imam Muda vs Akademi Al-Quran [Pro Dan Kontra]



VS





++ Sebenarnya aku jarang ambil peduli dengan celoteh Cik Normah Becok dalam ruangan Hip Berita Harian. Tetapi hari ini aku tertarik dengan topik yang diketengahkan olehnya. Dalam entrinya yang baru sebentar siap aku tatap menyatakan bahawa kedua-dua rancangan ini saling berlanggar slot siarannya. Mengapa? Adapun Cik Normah Becok sebetulnya membebel bagi pihak rakan lamanya yang membuat panggilan menyatakan sedikit kekeliruan berkenaan hal perlanggaran waktu ini. Beberapa ayat yang menjadi isi penting luahan rakan lama Cik Normah Becok iaitu:

"Katanya, dia memang teruja apabila Astro Oasis memperkenalkan program Imam Muda sebab program itu cukup menarik dan memberi banyak ilmu pengetahuan kepadanya. Dia juga peminat setia program Akademi Al-Quran yang kini sudah pun memasuki musim ketiga. Tetapi dia kecewa sangat kerana kedua-dua program kegemarannya itu ditayangkan serentak iaitu pada jumaat, jam 9 malam."

"Memanglah Imam Muda boleh ditonton semula kerana ada siaran ulangan, tetapi katanya tak seronok menonton siaran ulangan sebab nanti dia tertinggal tugasan menarik yang diberikan kepada pelajar. Pada masa yang sama, dia tidak mahu ketinggalan menyaksikan program Akademi Al-Quran."


"Katanya, kenapa kedua-dua stesen televisyen itu memilih waktu yang sama. Padahal seminggu ada tujuh hari, banyak lagi hari lain program itu boleh ditayangkan. Kalau iya pun nak mengambil berkat hari jumaat, siarkan pada waktu yang lain."


"Katanya lagi, apa motif kedua-dua stesen televisyen itu? Adakah mereka buat serentak kerana nak mengejar rating?"


"Katanya, kalau niat nak meningkatkan syiar Islam, niat itu kenalah betul. Barulah diredhai. Kalau setakat nak mengejar rating, niat mereka jelas sekali sudah salah."

++ Apa pula kata kita? Kembali kepada niat. Ya, kembali kepada niat; kerana segala amal itu bermula dengan niat. Kembalilah kepada Tuhan; Bukan terus-terusan tunduk kepada syaitan.


Tangan yang beriktiar menulis ini: Ampuan Awang

5 comments :

heart~ said...

pernah tgk rancangan akademi alquran...

saya kurang setuju la dgn pakaian yg dipakai oleh aida iaitu sluar jeans n baju kemeja jeans (baju ditaja tv9)...

saya ni bkn la baik sgt apatah lg alim tp saya berpendapat sgt la tak sesuai utk seseorang yg mengacarakan rancangan berbentuk keagamaan tetapi dilihat berpakaian cmtu...tambahan lagi tudung yg dipakai tidak menutup bahagian dada...

saya bkn mengutuk aida tp saya heran knp rancangan keagamaan cmtu tidak dijadikan "idola" melalui imej pengacaraan yg baik...

Ampuan Awang said...

@heart~

tentang pakaian, aku tak berani nak memberikan sebarang komen sebab apa yang penting ia sesuai (longgar) dan tak sendat bagi peserta wanita. tapi berkenaan tudung yang dipakai tidak menutup bahagian dada yang aku rasa pelik sedikit. pernahkah berlaku begini?

terima kasih kerana sudi memberikan komen dalam entri ini.

the sastraboy said...

pakai tudung tak tutup dada tu dah byk kali bro.haha.tapi bukan aida la rasanya.

hm.pasal itu.tatau la mau ckp apa.apa yang popular.itu yang dorang kejar.

inilah realiti media.kuang-kuang-kuang.

Ampuan Awang said...

@the sastraboy

aduh, ingatkan takdo dedah2... bertambah sakitlah orang agama kita nampaknya. mendekat diri kepada bala Tuhan; Nauzubillah, mohon dijauhkan [...]

Ampuan Awang said...

eh, tetiba saja aku rasa macam nak menyindir ;))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top