ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Cepatnya Masa Berlalu...

Seringkali aku menemukan ayat ini di laman maya:

"... cepat benar masa berlalu."


atau

"... masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari,"

atau

"... seperti baru semalam aku melalui detik gembira ini, cepatnya masa."

atau? Cukuplah setakat itu sahaja. Tak boleh lebih, nanti ada pula yang meraban marah tiba-tiba [?]

Mari kita renung dan mulakan pembacaan pada hadith Baginda Nabi SAW tentang 'Cepatnya Masa Berlalu':

"Tidak terjadi kiamat, hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api [cepat sekali berlalu]." Hadith riwayat Tirmidzi

Bagaimana? Pantas sekali masa berlalu pergi. Dunia sebenarnya berada di penghujung jalan, tinggal menanti masa untuk dihancurkan. Kita? Aduh, masih sibuk mencari dunia. Aku? Sama seperti kalian jua; aku kan manusia biasa.

Sekian.
Si tangan pincang menulis: Ampuan Awang

2 comments :

miss lolly a.k.a luvfareda said...

biasanya.

tu ayat mase kemaruk dating .

hoho

Ampuan Awang said...

eh, ke situ pulak cik lolly ni. jauh benar simpangnya ;]

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top