ini bukan facebook

Jiwa Online
Pemilik Blog: Ampuan Awang  Berkhidmat dalam: Kerajaan Malaysia (Tukang Kebun). Mana tinggal? Di Kepala Batu, Antartika Edit Profile
  Post To:
anyone or anywhere  

Catatan Status 'Facebook' Selama Dua Hari...


(Usah kuat benar mencari kaya kerana kaya itu bersifat sementara. Sebaik saja kita mati, empat huruf itu takkan membantu kita pun!)


Ahh! Sebetulnya foto di atas bukan topik yang hendak aku bualkan (sekadar ingin menembak sesetengah orang sahaja). Dua hari ini aku cuba meng'update' status 'facebook' dengan sebaik-baik bahasa (mungkinlah kot). Di sini aku catatkan kesemuanya:

<-- sedang meneliti lirik yang baru saja siap tadi beserta lagunya sekali. Siapalah agaknya mahu menyanyikan lagu ini melainkan penulisnya sendiri. Wah, menarik oh [via Celcom SMS]

<--- tiba-tiba teringat perihal perbuatan menyapu muka selepas solat. Baginda Nabi berbuat demikian kerana debu yang melekat. Kita pula kerana apa? [via Celcom SMS]

Martabatkan kembali Silat sebagai warisan seni beladiri Melayu. Namun sebelum itu kita kenalah perbetulkan kembali tanggapan tahyul masyarakat bahawa jikalau kita memasuki Silat bisa mendapat 'Gila Isim'! [via Celcom SMS]

Teringin menulis ttg ini: "Ada sesetengah suku dlm negeri,berkata bahawa mereka adalah suku terhebat di dunia.Aku jawab tidak!Mereka kata mengapa tidak?Kerana kitab suci Tuhan tiada menyebut suku kamu langsung!" [via Celcom SMS]

Pelik benar.Bila aku buka foto2 jalang tentera bangsa Isra3l,seakan sasaran mereka lebih kepada kanak-kanak,muncung senapang dihala tepat pada mereka.Penghapusan etnik?Ya,mereka ingin sekali berbuat begitu! [via Celcom SMS]

Fakta keterjumpaan menarik: "Selain itu (sungguh negeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak." surah ar-Rahman ayat 37 berkenaan penemuan Mawar Merah di angkasa. [via Celcom SMS]

Baginda Nabi SAW bersabda di dalam sebuah hadith yang bermaksud: "Tiga perkara yang tidak boleh dielakkan daripada manusia: air, rumput dan api." (riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah) [via Celcom SMS]

Asal aku cuba 'update' status fb guna huruf ini 'c3lcom',pasti dikembalikan.Apakah 'C3lcom' tak mahu ditegur kerana kelembapan berukbennya terutama pabila berada di keningau?perkhidmatan kita byr;bkn 'free'! [via Celcom SMS]

Bandar Keningau penuh dgn deretan kenderaan tapi hairan sekali,mengapa ada juga suara yg berkata bahawa ekonomi negara masih tak stabil tapi masih mampu tuk membeli kereta?Alasan mereka,itu kemudahan.Kalau $$ tiada? [via Celcom SMS]


Aduh, banyak juga rupanya, berjela-jela!

Adapun pada jumaat petang (sehari yang lepas), seperti biasa aku membalikkan diri pulang ke rumah induk di Keningau. Eh, bandar Keningau. Pada permulaan pagi, cuaca aku tengok cerah yang amat, dan dengan bangganya aku mengatakan bahawa cerah langit ini membawa sampai ke petang. Lalu apa terjadi? Huh, lantai langit pecah tiba-tiba, hujan turun menyimbah bumi permai ini, dan disebabkan kepermaian itu berjaya menimbulkan persoalan yang macam-macam di dalam benak ku. Apakah dia? Alahai, pastinyalah keadaan jalan menuju ke destinasi. Jikalau cuaca cerah, mudahlah sedikit sebab jalan tak terlindung dek kabus yang turun dari atas bukit ke bawah bukit. Dan apa yang terjadi kini, hujan turun mencurah dengan lebatnya sehingga aku terpaksa memohon kebenaran untuk membalikkan diri awal sedikit dari masa sebenar (taklah awal sangat, aku bukan pencuri masa).

Aku cuba mengawal emosi yang kucar-kacir sedikit (mungkin). Aku ingat lagi yang aku telah diajar untuk bersyukur pabila hujan turun kerana hujan itu adalah rahmat buat manusia (ingat tu, aku tahu!). Tapi itu bukan soalnya. Aku cuma khuatir dengan situasi dan keadaan jalan semasa pemanduan, itu saja! Pernah aku meredah kabus tebal sehingga mata kurniaan Tuhan ini tidak mampu mentafsir akan warna garisan tengah yang berwarna kuning dan putih pada kirinya. Bukankah itu bahaya bagi bot-bot kecil yang sedang berlayar (apa pula kaitannya dengan bot?). Inilah payahnya kalau memiliki mata yang rabun-rabun ayam (tak sangka ayam pun rabun!). Dalam masa yang sama, sempat lagi aku membuat panggilan telefon buat sang Induk berasku. Bukannya apa, takut dia risau pula suaminya menghadapi kesukaran dalam perjalanan (sayang juga dia rupanya).

Punyalah aku terkejut bila aku mendengar sang Induk berasku kata di Keningau tak hujan (kuasa Tuhan benar-benar Besar). Aku pun teruskan jua perjalananku menghala naik ke bukit tinggi di Kimanis dengan kelajuan maksimum 130 km/j. Lajukah? Bagi sesetengah orang memang angka ini laju tapi bagi aku tidak! Mengapa tidak? Kerana bukit tinggi itu memaksa aku berbuat demikian, kalau tak laju, alamat payahlah nak naik, terundur kembali ke belakang itu kemungkinannya adalah lebih tinggi. Rintik hujan mulai menitis. Aku pula seakan mahu berlawan dengan sang hujan, di mana aku membiarkannya terus kekal berada di belakang. Nampaknya taktik itu berjaya meninggalkan hujan dan kini aku berada di tangga pertama di hadapan (dengan izin Tuhan jua). Nasib baiklah kenderaan agak kurang hari ini, kalau tidak, mungkin aku akan sampai malam dan pasti ada rungutan yang aku dapat selepas itu (sekadar bergurau, Induk ku takkan nak marah Arjuna jiwanya. Dalam diam aku tersenyum.)

Alhamdulillah. Aku tiba jua di Keningau dan seterusya menelefon sang Induk berasku (nak tahu di mana lokasinya singgah). Aku teruskan perjalanan ke klinik Maria (antara tempat pertemuanku dahulu; sebelum kahwin). Lalu aku parkirkan kereta dan terus mengajaknya ke lapang santap di restoran Sri Keningau (juga lokasi persinggahan kami sebelum mengahwinkan diri) sambil tangannya menarik lembut tanganku lalu mengucupnya (sebagai tanda dia sayang padaku. alangkah bahagianya aku). Biarlah aku tamatkan dahulu cerita ini sebelum aku melalut tak tentu pasal (kerana Tuhan tiada menyukai hamba-Nya yang mengada-ada).


P/s: Sebenarnya aku sengaja memaparkan entri ini bagi meredakan rasa amarahku pada seseorang (bukan kepada Induk aku). Serasa aku adalah lebih baik kembali berbahasa begini, sebagaimana yang pernah aku tulis di atas kertas catatan lama yang baru saja aku bakar beberapa bulan lalu (habis terbakar segala artikel yang tak pernah aku keluarkan di mana-mana sidang majalah melainkan hanya satu artikel kerjasama bersama dengan seorang sahabat.). Mengapa aku bakar? Setiap orang ada sebab musababnya, dan aku jua turut merasakan satu kebodohan sebaik saja kertas catatan itu dijilat api. Aku terbakar... Aku terbakar... Kertas coretanku terbakar hangus dimakan api! Toooolong ;]

Aku ulang kembali kekata di awal entri:

(Usah kuat benar mencari kaya kerana kaya itu bersifat sementara. Sebaik saja kita mati, empat huruf itu takkan membantu kita pun!)

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
      faceblog © 2013 · re-designed by J. KingRaja           About · Advertising · Create a Page · Developers · Careers · Privacy · Terms · Faceblog Creator · Back to Top